Amaran yang dikeluarkan pada 1.10 tengah hari itu memaklumkan kawasan terlibat ialah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu,Seremban, Kuala Pilah dan Jempol) serta Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu juga dijangka berlaku di negeri-negeri Pantai Timur di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu( Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Bera).
Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di pedalaman Sabah (KualaPenyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, KotaKinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Pitas dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan serta di Miri, Sarawak.
-- BERNAMA