Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah malam tadi berkenan berangkat menghadiri majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dengan pasangannnya Wong Mew Choo di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Chong Wei dan isteri, bekas pemain negara, yang berpakaian ala Barat, masuk ke dewan pada pukul 8.30 malam dengan diiringi lagu romantik 'Colors of the Wind' nyanyian Vanessa Williams.
Menteri-menteri Kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussien, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut memeriahkan majlis. Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong adalah juga antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut.
Pengantin kemudiannya menjalankan upacara memotong kek dengan mengenakan busana yang berbeza iaitu Chong Wei berpakaian suit biru manakala Mew Choo bergaun merah.
Turut ditayangkan video majlis pendaftaran perkahwinan pasangan itu yang sebelum ini merahsiakan tarikh pendaftaran mereka. Majlis bertemakan warna keemasan serta dihiasi bunga-bungaan putih itu
dihadiri lebih 1,000 tetamu dan berakhir pada pukul 10.30 malam.
Chong Wei, pemain nombor satu dunia, dan Mew Choo mula menjalinkan hubungan 11 tahun lalu semasa mereka baru menyertai pasukan pelapis kebangsaan.
Ahmad Shabery yang ditemui sebelum majlis menyifatkan perkahwinan tersebut sebagai sebuah perkahwinan yang 'sangat hebat' kerana melibatkan dua selebriti sukan negara.
"Semoga perkahwinan ini memberi semangat kepada Chong Wei, mengubah keputusan Olimpik yang lepas, pada Olimpik 2016 kelak," katanya.
Bernama
Sat Nov 10 2012
![Resepsi Chong Wei-Mew Choo meriah Resepsi Chong Wei-Mew Choo meriah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/51352528889_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
!['Siakap dari Langkawi pun sanggup saya belikan' - Ucapan ulang tahun perkahwinan Chong Wei cuit hati peminat 'Siakap dari Langkawi pun sanggup saya belikan' - Ucapan ulang tahun perkahwinan Chong Wei cuit hati peminat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636640401_leechongwei.jpg)
'Siakap dari Langkawi pun sanggup saya belikan' - Ucapan ulang tahun perkahwinan Chong Wei cuit hati peminat
Chong Wei ungkap ucapan istimewa buat isteri tercinta dalam sempena ulang tahun kesembilan mereka.
![Hebat Chong Wei, memang luar biasa - PM Najib Hebat Chong Wei, memang luar biasa - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81523779503_LeeChongWei.jpg)
Hebat Chong Wei, memang luar biasa - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang menyumbangkan pingat emas dalam final acara perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel 2018 hari ini.
![Sukan Komanwel 2018: Empat pingat emas dalam genggaman skuad badminton Sukan Komanwel 2018: Empat pingat emas dalam genggaman skuad badminton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520576647_NORZAZAKARIA.jpg)
Sukan Komanwel 2018: Empat pingat emas dalam genggaman skuad badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih menaruh harapan bahawa jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan memberi kilauan emas kepada kontinjen negara pada Sukan Komanwel 2018.
![Lee Chong Wei nafi terlibat dalam video seks - laporan media Lee Chong Wei nafi terlibat dalam video seks - laporan media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61506248037_LeeChongWei.jpg)
Lee Chong Wei nafi terlibat dalam video seks - laporan media
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam sebuah video seks yang tular baru-baru ini.
![Chong Wei jumpa Lin Dan di separuh akhir Chong Wei jumpa Lin Dan di separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81481903241_LeeChongWei.jpg)
Chong Wei jumpa Lin Dan di separuh akhir
Sebagai rekod, kedua-dua pemain ini telah bertemu 38 kali dengan yang terbaru di final Terbuka Malaysia awal bulan ini.
![Chong Wei dinobatkan atlet terbaik SAM buat kali kedua Chong Wei dinobatkan atlet terbaik SAM buat kali kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/71488468650_SAM.jpg)
Chong Wei dinobatkan atlet terbaik SAM buat kali kedua
Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) pada Majlis Anugerah SAM-100 PLUS 2016 di sini, hari ini.
![Chong Wei sah beraksi di All England Mac ini Chong Wei sah beraksi di All England Mac ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/41462014066_LeeChongWei.jpg)
Chong Wei sah beraksi di All England Mac ini
Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tetap bersemangat dan meletakkan keazaman tinggi untuk memburu gelaran keempat pada Kejohanan All England di Birmingham, dari 7 hingga 12 Mac ini.
![BAM tubuh projek khas bantu Chong Wei raih gelaran dunia BAM tubuh projek khas bantu Chong Wei raih gelaran dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61472468129_DSMohamadNorza.jpg)
BAM tubuh projek khas bantu Chong Wei raih gelaran dunia
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini menubuhkan satu projek khas bagi membantu jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini.
![Chong Wei pilihan utama kejohanan All England Chong Wei pilihan utama kejohanan All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81481903241_LeeChongWei.jpg)
Chong Wei pilihan utama kejohanan All England
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei diletakkan selaku pilihan utama pada Kejohanan All England yang akan berlangsung di Barclaycard Arena, Birmingham, England dari 7 hingga 12 Mac ini.
![Morten tiada hak tentukan karier saya - Chong Wei Morten tiada hak tentukan karier saya - Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81471675254_RioLeeChongWei.jpg)
Morten tiada hak tentukan karier saya - Chong Wei
"(Morten) Frost tidak ada hak menentukan karier saya," tegas pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei.