KUALA TERENGGANU:Perjalanan rentas negeri menjadi penyumbang peningkatan kes COVID-19 di Terengganu menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak.
Katanya sehingga semalam negeri itu mencatatkan sebanyak 216 kes positif dan daripada jumlah tersebut sebanyak 73.6 peratus penyumbang adalah daripada individu yang datang dari zon merah di luar Terengganu.
"Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sebelum ini telah meminta individu yang datang dari zon merah menjalani saringan COVID-19 dan ia mendapat maklum balas yang baik...daripada itu kita dapat mengesan ramai yang positif.
"Kebanyakan mereka yang datang (saringan) pada awalnya tidak mempunyai sebarang gejala COVID-19 tetapi keputusan akhirnya menunjukkan positif dan mereka kemudiannya ditempatkan di pusat kuarantin untuk menerima rawatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) (ILKKM) Kuala Terengganu, di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 10 2021

Kata Dr Alias, negeri itu mencatatkan sebanyak 216 kes positif dan daripada jumlah tersebut sebanyak 73.6 peratus penyumbang adalah daripada individu yang datang dari zon merah di luar Terengganu. - BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Lebih 14,000 lepasan ILKKM diserap dalam perkhidmatan - Dr Zaliha
Sebanyak 14,619 lepasan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) telah diserap ke dalam perkhidmatan sejak 2018 hingga Jun tahun ini.

Tiada kes COVID-19 di Perlis hari ini, hasil langkah pencegahan dan kawalan KKM - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan perkembangan terkini di Negeri Perlis apabila tiada kes dicatatkan pada Ahad.

Rentas negeri punca peningkatan kes positif COVID-19 di Terengganu - Exco
Perjalanan rentas negeri menjadi penyumbang peningkatan kes COVID-19 di Terengganu menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PKPD di Institut Latihan KKM di Johor Bahru
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri PKPD di ILKKM Johor Bahru ini melibatkan seramai 1,559 individu yang terdiri pelatih, kakitangan, ahli keluarga dan pekerja sokongan.

COVID-19: ILKKM Sungai Buloh, Pusat Kusta diaktif semula rawat pesakit berisiko rendah
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sungai Buloh dan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) diaktifkan semula sebagai Pusat Rawatan dan Kuarantin berisiko rendah (PKRC).