KUALA LUMPUR:Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh dan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) diaktifkan semula sebagai Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) bagi menempatkan pesakit COVID-19.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata langkah itu susulan terdapat peningkatan jumlah kes positif COVID-19 khususnya di Selangor dan memerlukan kesiapsiagaan rapi bagi menampung pesakit dari negeri itu dan juga dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan negeri berhampiran.
"Kes-kes COVID-19 yang ditahap satu dan dua, tiga (berisiko rendah) diletakkan di ILKKM serta PKKN Sungai Buloh, manakala bagi pesakit di tahap empat dan lima (kritikal) diletakkan di Hospital Sungai Buloh yang telah digazetkan sebagai hopsital COVID-19.
"Sehingga hari ini, terdapat 274 pesakit positif COVID-19 ditempatkan di Hospital Sungai Buloh manakala CPRC (Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara) di ILKKM dan PKKN masing-masing seramai 44 dan 411 pesakit positif COVID-19 menerima rawatan di kedua-dua pusat itu," katanya.
Dr Adham berkata ILKKM dan PKKN boleh menampung seramai 1,200 pesakit dan kementerian pada masa sama telahpun menambah jumlah kakitangan perubatan daripada pelbagai peringkat sebagai persediaan awal.
Sementara itu, mengenai cadangan supaya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di sesetengah kawasan di negeri Selangor, Dr Adham berkata pihaknya sedang melihat perkara itu termasuk menilai sekiranya terdapat kawasan tertentu dengan jumlah kes yang tinggi.
"Selangor sekarang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekiranya ada pertambahan kes dan kawasan tertentu yang kita nilaikan risiko tinggi, kita akan cadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membuat keputusan.
"Sudah tentu MKN akan melihat risiko yang perlu diatasi dan mendapatkan langkah-langkah tepat dan terbaik sebelum ia dilaksanakan," katanya.
Sementara itu Dr Adham berkata sehingga kini Kementerian Kesihatan menempatkan seramai 1,634 petugas kesihatan yang baharu di tempat-tempat yang memerlukan di seluruh negara untuk merawat pesakit COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 19 2020

Dr Adham berkata langkah itu susulan terdapat peningkatan jumlah kes positif COVID-19, khususnya di Selangor. -Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

244 kes baharu COVID-19, tiada kematian
Daripada jumlah itu, 95.5 peratus atau 10,008 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat di PKRC.

COVID-19: 383 kes baharu, lapan kematian dicatat
Kes aktif yang dilaporkan pada Isnin juga turun sedikit kepada 11,414 kes.

COVID-19: 509 kes baharu, satu kematian direkodkan
Kes aktif pada Sabtu juga turun kepada 12,002 kes.

COVID-19: 902 kes baharu, enam kematian dicatat
Daripada jumlah itu, tiga kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

COVID-19: 1,672 kes baharu, 10 kematian dicatat
Negara juga mencatatkan 2,722 kes sembuh.

COVID-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian
Sebanyak 92 peratus atau 24,752 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah.

COVID-19: 2,256 kes baharu, empat kematian
Sejumlah 47 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

COVID-19: 3,045 kes baharu, lima kematian
Jumlah kes jangkitan harian baharu kini mencecah 4.735 juta.

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

COVID-19: Kes baharu, kematian meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham
Bilangan kes baharu COVID-19 meningkat 0.8 peratus kepada 28,554 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME 31/2022) dari 31 Julai hingga 6 Ogos, meliputi 28,499 kes tempatan dan 55 kes import.