KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki melecur akibat disambar api selepas dapur gas di rumahnya di Kampung Lobou Satu, Manggatal di sini, meletup, pada malam Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, mangsa yang juga pelajar berusia 16 tahun difahamkan mengalami kecederaan melecur 60 peratus akibat letupan yang berlaku di ruangan dapur rumah tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu pada jam 9 pagi Rabu.
"Pengadu yang juga datuk kepada mangsa memaklumkan suis dapur gas memasak tidak ditutup rapat menyebabkan gas terkeluar dan berkumpul di dalam ruangan dapur.
"Cucu pengadu kemudian cuba menutup suis dapur gas tersebut tetapi secara tidak sengaja telah memetik suisnya menyebabkan berlaku kebakaran pantas seperti letupan sehingga menyebabkan cucunya mengalami kecederaan melecur," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Katanya lagi, kebakaran kecil berlaku dan pasukan bomba telah mengambil tindakan pantas dalam kejadian itu.
"Cucu pengadu pula kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth dan dalam keadaan stabil," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 24 2024

Keadaan rumah mangsa impak daripada letupan dapur gas dalam kejadian di Kampung Lobou Satu, Manggatal.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Remaja melecur, dapur gas meletup
Seorang remaja lelaki melecur akibat disambar api selepas dapur gas di rumahnya di Kampung Lobou Satu, Manggatal di sini, meletup, pada malam Selasa.