KUDAT: Hasrat lima sekawan memancing di kawasan sungai tidak kesampaian apabila salah seorang daripadanya lemas, manakala tiga lagi terkandas dalam kejadian berhampiran Empangan Milau, Jalan Garau di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa dikenali sebagai Ryan, 16, disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi rakannya berusia 15 hingga 16 tahun diselamatkan oleh penduduk kampung.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Ishak Jabas berkata, seramai 15 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 35 kilometer.
"Menurut maklumat rakan mangsa, difahamkan mereka seramai lima orang datang ke tempat kejadian untuk memancing.
"Mangsa bersama rakan-rakannya berenang ke kawasan pulau yang terletak di tengah sungai untuk tujuan mencari lokasi memancing yang lebih baik iaitu sejauh 50 meter dari tebing sungai.
"Ketika dalam perjalanan, mangsa tenggelam dan lemas akibat kepenatan manakala tiga lagi terkandas di kawasan pulau tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Tambah beliau, mangsa yang terkandas berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung dan pasukan bomba seterusnya melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang lemas.
"Pencarian di permukaan atas air dilakukan di sepanjang tepi sungai dan pada jam 5 petang unit PPDA Zon Kudat memulakan operasi selaman di kawasan mangsa dilaporkan lemas.
"Mangsa akhirnya berjaya ditemui selepas 40 minit kemudian di kedalaman lebih tiga meter di lokasi mangsa dilaporkan lemas," katanya.
Susulan penemuan mangsa, Ishak berkata, operasi ditamatkan pada jam 6 petang dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 09 2024

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa dikenali sebagai Ryan, 16, disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi rakannya berusia 15 hingga 16 tahun diselamatkan oleh penduduk kampung. - Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Setibanya anggota pasukan daripada BBP Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa telah dijumpai orang awam.

K9 bantu kesan remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pahang
Khidmat dua anjing pengesan (K9) digunakan hari ini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang.

Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.

Remaja lelaki dihanyutkan arus deras di Sungai Neram ditemukan lemas
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Neram di Felda Neram 1 dekat sini petang semalam, ditemukan lemas pagi ini.

Remaja lelaki terjatuh ke dalam tali air ditemukan lemas
Remaja lelaki berusia 13 tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Pangkal Kalong, Ketereh di sini semalam, ditemukan lemas pada 11.40 pagi tadi.

Remaja ditemukan lemas dibawa arus di Pulau Carey
Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada fizikal mangsa, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Remaja lelaki lemas di Sungai Kampung Lata Pauh
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun lemas di Sungai Kampung Lata Pauh, Kuala Krai, hari ini.

Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan
Dalam kejadian kira-kira 4.05 petang itu, Nor Danish Hafidz dikatakan mandi di sungai itu setelah pulang dari sekolah bersama rakan-rakan.

Remaja mati lemas ketika mandi bersama rakan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika mandi-manda bersama rakannya di kawasan pam pasir Kampung Bagan, Pulai Chondong di sini semalam.

Remaja hilang ketika mandi di Sungai Ketil ditemukan lemas
Remaja yang hilang ketika mandi bersama lapan rakannya di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, Baling, ditemukan lemas.