Kegembiraan dua remaja lelaki berusia 16 tahun dapat berkelah di Air Terjun Lubuk Kain, Kampung Syukur di sini berakhir dengan tragedi apabila mereka lemas ketika mandi-manda di kawasan air terjun itu.
Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari Selasa, Muhammad Arif Haikal Amran dari Kampung Padang Kemunting, Kuala Nerus dan Muhammad Hafiz Asran dari Kampung Pak Tuyu, Kuala Terengganu dikatakan datang ke situ bersama 13 rakan mereka bersempena cuti sekolah.
Difahamkan sebelum kejadian, Muhammad Hafiz telah terjun dari kawasan yang agak tinggi di situ sebelum dilihat terkapai-kapai lemas.
Muhammad Arif Haikal kemudiannya cuba membantu dengan terjun ke dalam air tetapi turut lemas dan dihanyutkan air.
Berikutan itu, rakan mangsa yang lain bergegas mendapatkan pertolongan daripada orang awam dan orang kampung dan gerakan mencari serta menyelamatkan kedua-dua mangsa dimulakan dengan segera.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Jasrawi Awang berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 2.40 petang.
Susulan itu, sepasukan anggota seramai enam orang dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja mencari dan menyelamat.
"Ketika sampai di lokasi, kami dapati kedua-dua mangsa telah meninggal dunia dan ditemui oleh orang awam. Mayat mangsa pertama ditemui kira-kira 2 petang manakala mangsa kedua lima minit selepas itu.
"Mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 21 2018
![Remaja lemas menjelang Aidiladha Remaja lemas menjelang Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61534869135_HuluDungun.jpg)
Kegembiraan dua remaja lelaki berusia 16 tahun dapat berkelah di Air Terjun Lubuk Kain (gambar) di sini berakhir dengan tragedi apabila mereka lemas ketika mandi-manda di kawasan air terjun itu. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718940926_lelakilanggar.jpg)
Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.
![JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024 JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718936766_AhmadKamarunzamanM.jpg)
JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
![Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718880101_tbMohamadSabu.jpg)
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
![Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718773918_southernGaza.jpg)
Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.
![Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718709568_Lelakimautrempuhl.jpg)
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
![Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713050490_Alirantrafik.jpg)
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
![Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718630290_tbPakistan.jpg)
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
![Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718610585_Lembuterlepas.jpg)
Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.