Seorang remaja lelaki, yang mengaku bersalah menghantar komen yang menghina Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kekal ditempatkan di pusat pemulihan akhlak di Melaka sehingga mencecah usia 21 tahun.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh hari ini menolak rayuan terakhir Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri supaya dia dibebaskan dengan ikat jamin kerana berkelakuan baik.
Mahkamah Rayuan turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada September tahun lepas yang memerintahkan Muhammad Amirul, 19, ditempatkan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka sehingga berusuia 21.
Mahkamah Tinggi itu mengetepikan hukuman penjara setahun Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap buruh itu dan memerintahkan dia ditempatkan di pusat pemulihan akhlak itu.
Muhammad Amirul, dari Tumpat, Kelantan, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen itu terhadap 14 tuduhan menghantar komen menghina Tunku Ismail menerusi akaun Facebook 'Miyo Castello', dengan niat ingin menyakiti hati Tunku Ismail dan institusi diraja Johor.
Peguamnya Hassan Abdul Karim memberitahu pemberita bahawa Muhammad Amirul telah dipenjarakan tiga bulan sebelum kesnya dibawa ke Mahkamah Tinggi, dan anak guamnya akan mencapai usia 21 tahun dalam tempoh satu tahun dan lima bulan.
Beliau berkata Muhammad Amirul juga akan menduduki semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di pusat pemulihan akhlak itu.
Sebelum itu, Hassan memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi menghantar anak guamnya ke Sekolah Henry Gurney adalah tidak wajar dan tidak teratur mengikut undang-undang.
Menurutnya Muhammad Amirul juga kesal dengan perbuatannya dan insaf serta bersedia memohon maaf kepada Tunku Ismail.
Hakim Zawawi bertanya sama ada Amirul telah memohon maaf tetapi Hassan memberitahu bvahawa anak guamnya tidak diberi peluang berbuat demikian di Mahkamah Tinggi.
"Anda perlu ingat bahawa hukuman asal oleh Mahkamah Sesyen adalah setahun penjara,"kata hakim itu.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim pula meminta mahkamah untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memandangkan ia tidak membuat sebarang kesilapan dalam keputusannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2017

Seorang remaja lelaki, yang mengaku bersalah menghantar komen yang menghina TMJ kekal ditempatkan di pusat pemulihan akhlak di Melaka. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Remaja hina TMJ gagal rayuan, kekal di pusat pemulihan akhlak
Seorang remaja lelaki, yang mengaku bersalah menghantar komen yang menghina TMJ kekal ditempatkan di pusat pemulihan akhlak di Melaka sehingga mencecah usia 21 tahun.