KUALA LUMPUR: Ibu kepada Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil, 12, yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas percaya anak perempuannya itu bertindak keluar dari rumah di Pudu, di sini, disebabkan perselisihan faham.
Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata kali terakhir dia ada bersama anaknya itu pada kira-kira 4 petang Selasa di kediaman mereka.
Menurutnya perselisihan faham itu berlaku apabila dia menegur Dhia kerana tidak hadir ke sekolah pada pagi hari yang sama.
"Petang hari itu (Selasa) Dhia balik ke rumah kemudian saya tanya kenapa dia tak pergi ke sekolah. Cikgu WhatsApp kenapa dia tidak pergi ke sekolah. Dhia jawab dia keluar beli barang buat kejutan untuk saya.
"Mendengar jawapan itu, saya marah dan tegur apa yang dia buat salah, kenapa buat pada hari sekolah.
"Beberapa minit kemudian saya keluar rumah untuk beli barang dapur bagi penyediaan lauk berbuka puasa dan bila saya balik Dhia sudah tiada," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Syarifah berkata dia mula rasa tidak senang hati apabila anak pertama daripada dua beradik itu masih belum pulang ke rumah selepas waktu berbuka.
"Selalunya dia akan pergi ke rumah kawan-kawannya di sekitar kawasan ini, jadi apabila esoknya (Rabu) dia masih tidak pulang saya mula mencari di rumah kawan-kawannya tetapi semuanya tidak tahu di mana keberadaan Dhia.
"Sebelum ini Dhia tak pernah keluar jauh lama-lama dan tak pernah tak balik rumah, saya memang tengok dan jaga anak saya," katanya.
Menurut Syarifah lagi ada rakan anaknya memaklumkan bahawa Dhia mengikut seorang lelaki yang didakwa dikenalinya melalui media sosial.
"Saya jadi risau bila ada (kawan) yang kata Dhia pergi menghala ke Ampang dan tambah pula ada kawan-kawan dia cakap Dhia pernah bercerita tentang seorang individu tetapi semua rakannya tidak pernah berjumpa orang itu," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan kanak-kanak itu semalam.
"Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan tindakan mengesan sedang giat dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial berkaitan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak Selasa lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024

Ibunya berkata kali terakhir dia ada bersama Siti Dhia (foto) adalah pada kira-kira jam 4 petang Selasa di kediaman mereka. -Foto Sinar Harian

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Remaja hilang: Siti Dhia keluar rumah kerana selisih faham - Ibu
Menurutnya perselisihan faham itu berlaku apabila dia menegur Dhia kerana tidak hadir ke sekolah pada pagi hari yang sama.