Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dilaporkan diculik dua lelaki ketika sedang menunggu van untuk ke sekolah, pagi tadi.

Menurut laporan Berita Harian, Nur Darleen Dazeera Azhar, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, itu ditarik dua lelaki bermotosikal di hadapan rumahnya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi.

Berita harian melaporkan, bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin memberitahu, kejadian disaksikan pemandu van dan rakan-rakannya, namun tidak sempat berbuat apa-apa.

Gambar Darleen lengkap berpakaian sekolah, disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp dan di laman sosial, sejak pagi tadi.

Portal NST Online melaporkan, pihak polis kini sedang mengambil keterangan daripada ahli keluarga dan saksi kejadian.

Astro AWANI sedang berusaha untuk menghubungi keluarga untuk mendapatkan penjelasan lanjut.