ABUJA: Sekurang-kurangnya 20 pelajar perubatan dilaporkan diculik ketika dalam perjalanan menghadiri konvensyen tahunan Persekutuan Pelajar Perubatan dan Pergigian Katolik, di Nigeria.

Pelajar-pelajar dari Universiti Jos diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata pada petang Khamis di Otukpo, sebuah bandar di negeri Benue, kata jurucakap polis Catherine Sewuese Anene kepada Xinhua.

Siasatan sedang dijalankan dan agensi keselamatan diarah menjejaki kumpulan bersenjata serta menyelamatkan mangsa.

-- BERNAMA