Kelicikan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang mengambil kesempatan melakukan jenayah samun berkumpulan, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akhirnya membawa padah, apabila dia ditahan polis, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki itu dipercayai terlibat dalam kes samun di Bandar Utama, pada Rabu lepas.
"Hasil risikan, kita telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Ampang Indah, pada 6 petang Isnin.
"Kami merampas sepucuk pistol tiruan yang dipercayai digunakan bagi menakutkan mangsa dan kita percaya suspek melakukan jenayah ini secara berkumpulan. Kita akan mengesan rakan suspek yang lain," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Nik Ezanee berkata, remaja itu juga mempunyai 11 kes jenayah lampau melibatkan dadah dan curi kenderaan.
Menurutnya, remaja itu direman dua hari bermula Selasa dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, kerana samun berkumpulan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 28 2020
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki itu dipercayai terlibat dalam kes samun di Bandar Utama, pada Rabu lepas. - Bernama
Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Awang Putrayusrie Pengarah UKAS baharu
Bekas Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak, Awang Putrayusrie Awang Redzuan dilantik sebagai Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Biden beri penghormatan kepada bekas Presiden Carter di pengebumian negara
Biden berkata, persahabatannya dengan Carter telah mengajarnya erti keperibadian lebih berharga berbanding gelaran atau kuasa.
Perdana Menteri Jepun diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Perdana Menteri Jepun yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.
BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula Isnin
Agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu pula akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2025.
Harris batalkan lawatan ke Singapura, Bahrain, Jerman akibat kebakaran hutan di Los Angeles
Sebagai tindak balas terhadap kebakaran hutan di Los Angeles, Kamala Harris membuat keputusan untuk membatalkan lawatan beliau.
Mahkamah New York tolak permohonan Trump tangguh tarikh jatuh hukum kes wang sogokan
Hakim Jenny Rivera dari Mahkamah Rayuan New York enggan menandatangani perintah itu selepas meneliti permohonan untuk menangguhkan sesi berkenaan.
Pelajar tahfiz maut ditemui dalam keadaan memeluk al-Quran
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Zahwa, 14, ditemui maut dalam keadaan memeluk senaskhah al-Quran.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham berharga rendah
Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 3.48 mata kepada 1,604.29 daripada paras 1,600.81.
Mangsa banjir di Perak bertambah hari ini
Lapan belas orang daripada lima keluarga berlindung di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai berbanding 15 orang daripada empat keluarga semalam.
Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara
Mohamad Ezri berkata pendekatan menyeluruh dapat membuka jalan kepada sistem keadilan yang penuh belas kasihan dan berkesan.
Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah
Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.
Polis tahan lelaki buat kacau, pecah cermin kereta di Bayan Lepas
Lelaki tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.
Hukuman berat jika buat jenayah di Makkah, Madinah
Md Daud berkata, pelaku tidak dibenarkan dibawa pulang ke negara asal selagi belum selesai menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
BHEUU JPM tubuh jawatankuasa kerja perkukuh sistem keadilan jenayah negara
Ia bagi terus memperkukuh sistem keadilan negara yang menyentuh isu jenayah siber dengan membabitkan kaedah moden.
Dua suspek samun berparang di Banting kecundang
Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun telah ditahan di sebuah rumah sekitar Sungai Sedu, Banting pada Rabu.
Pengasas Telegram, Pavel Durov tidak dibenar tinggalkan Perancis
Durov mesti kekal di Perancis dengan ikat jamin sebanyak AS$5.6 juta dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Perancis dua kali seminggu.