JOHOR BAHRU: Dengan tawaran gaji RM2,500 sebulan, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang tidak lagi bersekolah sanggup menyertai sindiket penipuan menerusi iklan di Facebook dan menyamar menjadi kenalan dan ahli keluarga mangsa yang disasarkan.
Bukan itu sahaja, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan ahli sindiket turut menerima habuan berbentuk lima peratus komisyen daripada hasil penipuan yang berjaya dilakukan.
Beliau berkata remaja berkenaan adalah antara 18 ahli sindiket yang ditahan dalam serbuan di beberapa kediaman di Kempas dan Setia Indah, dari pukul 4.15 petang sehingga 10 malam tadi, di sini.
Ayob Khan berkata kesemua suspek terdiri daripada 15 lelaki dan tiga perempuan berusia antara 15 hingga 35 tahun, disyaki mula menjalankan aktiviti itu sejak awal bulan ini.
"Hasil siasatan awal mendapati sindiket itu menipu mangsa dengan menyamar sebagai kenalan dan ahli keluarga melalui panggilan telefon dan WhatsApp. Setelah mangsa membuat semakan semula dengan mereka (rakan dan ahli keluarga sebenar), barulah mangsa sedar telah ditipu dan mengalami kerugian," kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Beliau berkata turut dirampas ketika serbuan ialah 60 telefon bimbit pelbagai jenama, 13 buku nota yang mengandungi nombor telefon mangsa dan skrip perbualan serta 17 kad mesin teler automatik (ATM) pelbagai jenis bank yang disyaki digunakan ahli sindiket untuk menipu mangsa.
Ayob Khan berkata kesemua mereka direman antara sehari hingga empat hari untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda.
Beliau berkata dari awal tahun sehingga Februari tahun ini, sebanyak 48 kes penipuan dilaporkan dengan jumlah kerugian berjumlah RM398,000.
Justeru, beliau mengingatkan agar orang ramai sentiasa peka dengan setiap panggilan telefon dan jangan mudah percaya terutamanya yang melibatkan transaksi kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021
Ayob Khan Mmenunjukkan gambar 18 ahli sindiket penipuan yang ditangkap dalam serbuan di beberapa buah premis di Kempas dan Setia Indah menerusi 'Ops Puyuh' pada sidang media di sini hari ini. - Foto BERNAMA
JDT ikat bekas bintang Real Madrid
Bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez telah menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), menurut rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Taman Sri Muda diserbu, 602 pendatang asing ditahan
Sebanyak 602 pendatang tanpa izin ditahan hasil pemeriksaan terhadap 1,091 warga asing dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pusat Perniagaan Taman Sri Muda, Seksyen 25 di Shah Alam pada Sabtu.
Pegawai tentera ditahan cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan selepas dipercayai mencabul kakitangan bawahannya di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
[TERKINI] Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan.
10 Berita Pilihan - (05 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, Perak meningkat
Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak menunjukkan peningkatan dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak setakat 8 malam tadi.
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Warga emas rugi RM80,000 diperdaya pekerja syarikat kurier
Suspek mengarahkan mangsa untuk memberikan maklumat berkaitan jumlah wang simpanan yang kononnya bagi tujuan rujukan pihak Bank Negara.
Pesara swasta rugi lebih RM163,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa telah menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali, yang kemudian memerangkapnya dalam satu skim pelaburan.
Rakyat Malaysia rugi AS$12.8 bilion setahun akibat penipuan, atau 3 peratus KDNK negara
Laporan State of Scam 2024 mendedahkan 70 peratus mangsa penipuan tidak melaporkan kes mereka kepada pihak berkuasa.
Guru rugi lebih RM527,000 terperdaya sindiket penipuan
Mangsa terima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai 'pegawai MCMC' dan memaklumkan terdapat aduan mengenai nombor telefon mangsa.
Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang pengurus syarikat kerugian RM108,750 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Komunikasi dan pegawai polis.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM130,000
Kedua-dua lelaki itu kini direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.
Penganggur rugi lebih RM300,000 akibat pelaburan tidak wujud
Seorang penganggur mengalami kerugian RM348,500 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud sejak Jun lepas.
SPRM lumpuhkan sindiket 'scam' ubah suai meter elektrik
Lima ahli sindiket terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur semalam.
Pesara lelaki rugi lebih RM650,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara mendakwa kerugian lebih RM650,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, pada 26 Jun lepas.
Kerajaan Australia akan paksa bank bayar ganti rugi kepada mangsa penipuan
Bank di Australia akan dipaksa membayar ganti rugi kepada pelanggan yang kehilangan wang akibat penipuan di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan oleh kerajaan, lapor Xinhua.