PROGRAM Speed & Runway Independent Technologies (SPRINT) dimulakan oleh DARPA pada tahun 2023 bagi membangunkan kapal terbang kargo yang boleh terbang dan mendarat secara menegak (VTOL).


Ringkasan AI
  • Dimulakan pada tahun 2023 untuk membangunkan kapal terbang kargo VTOL. Aurora Flight Sciences adalah salah satu daripada dua syarikat yang diberikan kontrak untuk menghasilkan konsep.
  • Dua versi pesawat SPRINT akan dihasilkan, dengan pesawat kargo yang dilengkapi empat kipas untuk terbang dan mendarat secara menegak. Ujian skala kecil menunjukkan konsep ini boleh dihasilkan.
  • Pesawat demonstrasi akan mempunyai sayap selebar 13.7 meter dan membawa kargo seberat 450 kilogram. Ujian skala kecil akan diteruskan sehingga 2025, dengan ujian penerbangan sebenar dijadualkan pada tahun 2027.


Aurora Flight Sciences ialah antara dua syarikat yang diberikan kontrak untuk menghasilkan konsep dan minggu ini mereka memperlihatkan beberapa imej konsep dan juga mengumumkan kejayaan ujian skala kecil.

Dalam imej konsep yang diberikan, dua versi SPRINT akan dihasilkan. Salah satunya ialah pesawat kargo yang dilengkapi empat kipas pada bahagian sayap yang menghasilkan daya untuk terbang serta mendarat secara menegak.

Apabila tidak digunakan, kipas akan ditutup dan pesawat terbang secara mendatar seperti pesawat kargo biasa.

Pesawat demonstrasi akan mempunyai sayap selebar 13.7 meter dengan kemampuan membawa kargo seberat 450 kilogram.

Pesawat kargo yang akan dibina kelak akan dilengkapi sayap selebar 40 meter dengan ruang kargo selebar 40 kaki.

Ujian skala kecil pada model selebar hampir 5 kaki menunjukkan pesawat dengan kipas terbina dalam sayap boleh dihasilkan.

Aurora akan meneruskan beberapa lagi ujian skala kecil sehingga 2025 sebelum ujian penerbangan sebenar dilakukan pada tahun 2027.

Setakat ini hanya pesawat pejuang VTOL sahaja pernah beroperasi seperti F-35B Lightning dan AV-8B Harrier.

Jerman pernah menghasilkan prototaip Dornier Do-31 pada tahun 1968 tetapi projek dihentikan kerana didapati kurang praktikal selepas diuji selama dua tahun. -Amanz