KUALA LUMPUR: Susulan pengumuman kebenaran rentas negeri untuk mereka yang telah lengkap divaksin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, laman sosial dibanjiri dengan luahan keterujaan orang ramai.

Melihat kepada ciapan yang dimuat naik, tidak keterlaluan jika dikatakan inilah kali pertama garis masa di Twitter cukup meriah, positif dan penuh kebahagiaan, sejak pandemik melanda negara awal tahun lalu.

Sembilan bulan terpisah dengan orang tersayang, ramai yang sudah mula merancang perjalanan pulang ke kampung bertemu keluarga.

Bukan sahaja perjalanan rentas negeri, malah mereka yang berhasrat ke luar negara juga dibenarkan berbuat demikian tanpa perlu lagi mengemukakan MyTravelPass.

Rentas negeri dibenarkan berkuat kuasa bermula 11 Oktober, susulan kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus pada Ahad.

BACA: Akhirnya! 11 Okt dah boleh rentas negeri

BACA: MyTravelPass dimansuhkan, boleh melancong ke luar negara mulai esok - PM

Kebenaran itu bagaimanapun hanya untuk mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.


[TERKINI] Sidang Media Khas Perdana Menteri | 10 Oktober 2021