KUALA LUMPUR: Datuk Razali Idris menjadi satu-satunya senator yang membantah pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibentang di Dewan Negara pada hari ini.
Dalam perbahasan itu, Razali berkata, RUU berkenaan perlu disemak semula demi kepentingan kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
“Saya masih tidak memahami sebab peruntukan digugurkan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok kepada orang yang lahir pada 1 Januari 2007?
“Sangat jelas kita tidak ada upaya untuk menokhtahkan gejala merokok dan berkaitan bagi melahirkan generasi masa hadapan yang sihat, harmoni serta sejahtera dari segi fizikal juga mental,” katanya ketika dalam sesi perbahasan di Dewan Negara pada Khamis.
Tambah beliau, jika RUU itu menguatkuasakan larangan penjualan produk kepada individu yang lahir pada 1 Januari 2007, maka ia membawa impak positif kepada pembentukan belia negara.
Jelas beliau, kesan daripada pelaksanaan peruntukan itu, ia dapat dilihat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang yang mana belia pada ketika itu masih kuat dan sihat.
Menurut Razali, pada tahun 2022 telah diadakan satu saringan yang melibatkan 1.3 juta pelajar sekolah menengah dan hasil mendapati, lebih 43,000 pelajar terlibat dengan gejala merokok.
“Belum lagi pelajar sekolah rendah, malah 27,000 mati setiap tahun di Malaysia berpunca ambil tembakau.
“Jadi secara tegas saya nak beritahu masukkan semula empat peruntukan yang digugurkan itu, maka saya percaya generasi lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya tidak akan menimbulkan keresahan serta kos tinggi bagi rawatan kesihatan.
“Sebanyak RM369 juta diperlukan untuk kos rawatan rokok dan vape.
"Ia mungkin dapat dikurangkan kepada 70 hingga 80 peratus dan dapat digunakan untuk pembiayaan kos pembangunan yang lebih baik,” jelasnya.
Bagaimanapun, RUU berkenaan telah pun diluluskan di Dewan Negara pada Khamis dengan undian suara.
RUU yang dibentangkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad itu antaranya memperuntukkan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada orang belum dewasa (OBD).
Ia juga menyaksikan pengguguran peruntukan berkaitan generasi penamat (GEG) iaitu larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.
RUU yang mengandungi Fasal 1 hingga 54 itu dibentang semula bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara semalam, sebelum dibentang untuk bacaan kali ketiga hari ini dan dibahas 22 Ahli Dewan Negara. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 14 2023

Razali berkata, RUU berkenaan perlu disemak semula demi kepentingan kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat Malaysia. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Rang Undang-Undang Kawalan Produk Rokok tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Penggulungan dijadual dibuat Menteri Kesihatan sebelum diputuskan untuk kelulusan setelah RUU itu dibahas 26 Ahli Parlimen semalam.

KKM tunggu tarikh baharu pembentangan RUU GEG di Parlimen - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata, penting untuk mendapatkan tarikh tersebut sebelum memutuskan sama ada ia akan dibawa sekali lagi ke peringkat Kabinet.

RUU Kawalan Produk Merokok akan dibentang 10 Oktober ini - Dr Zaliha
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dibentangkan untuk bacaan kedua di Parlimen pada 10 Oktober depan.