PUTRAJAYA: Dua lelaki terpaksa meringkuk selama tujuh dalam penjara mulai hari ini setelah rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap mereka bagi kesalahan mendatangkan kecederaan parah kepada seorang rakan tujuh tahun lepas ditolak.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin menolak rayuan Mazlan Mohd Ali serta Ku Zaiab Ku Mat selepas memutuskan Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf dalam keputusannya yang mendapati kedua-dua tertuduh telah menyerang mangsa iaitu Wan Azmi Wan Omar.
Hadhariah berkata panel itu sebulat suara memutuskan bahawa tidak ada merit dalam rayuan Mazlan, 56, dan Ku Zaiab, 62, justeru sabitan terhadap mereka adalah selamat serta wajar dikekalkan.
Katanya pendakwaan mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa seseorang dan mahkamah tidak boleh campur tangan.
Hadhariah turut mengeluarkan waran komital terhadap kedua-dua lelaki untuk mereka menjalani hukuman mulai hari ini.
Sebelum ini, mereka dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 serta seorang penjamin sementara menunggu rayuan.
Pada 22 April 2019, Mahkamah Sesyen mendapati Mazlan dan Ku Zaiab bersalah melakukan perbuatan itu dengan seorang lagi yang masih bebas di sebuah kedai di Kampung Gertak, Kuala Besut, Terengganu pada kira-kira 11 pagi 29 Ogos 2016.
Mereka gagal di peringkat Mahkamah Tinggi dan membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.
Mengikut fakta kes, mangsa mengenali Mazlan serta Ku Zaiab selama 10 tahun dan mereka adalah sahabat baik.
Mazlan dan Ku Zaiab mengusahakan perniagaan menjual ais.
Pertikaian berlaku susulan persaingan dalam perniagaan di sekitar Besut di mana seorang lagi individu bersama kedua-dua tertuduh telah memberi amaran kepada mangsa agar tidak lagi menjual ais di kawasan itu.
Mazlan telah menggunakan sebatang besi manakala Ku Zaiab bersenjatakan sebilah pedang samurai dan Wan Azmi, 43, telah dikejar oleh mereka dari dalam kedai hingga ke bahagian tandas premis itu di mana mangsa bersembunyi.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh telah bertindak memecahkan pintu tandas itu dan menetak pergelangan tangan kiri mangsa yang turut mengalami luka di tangan kirinya.
Terdahulu, pada prosiding hari ini, M.M. Athimulan, seorang daripada peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh, memberitahu mahkamah bahawa mangsa pernah memaklumkan bahawa dia ingin menarik balik laporan polis terhadap mereka.
Turut mewakili tertuduh ialah peguam Datuk Mohd Yazid Mustafa.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud pula berkata Perlembagaan Persekutuan telah memberikan kuasa kepada Jabatan Peguam Negara untuk memulakan, mengendali dan menamatkan prosiding bagi sesuatu kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
![Rayuan ditolak, dua lelaki terpaksa meringkuk dalam penjara kerana cederakan rakan Rayuan ditolak, dua lelaki terpaksa meringkuk dalam penjara kerana cederakan rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Pendakwaan mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa seseorang dan mahkamah tidak boleh campur tangan. - Gambar hiasan
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Sebar pornografi bawah umur: Mahkamah Sepanyol tolak rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio Sebar pornografi bawah umur: Mahkamah Sepanyol tolak rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739336540_RaulAsencio.jpg)
Sebar pornografi bawah umur: Mahkamah Sepanyol tolak rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio
Rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio untuk menamatkan siasatan terhadap peranannya dalam skandal video penderaan seks kanak-kanak ditolak oleh mahkamah Sepanyol.
![Amang seksual: Bekas guru kekal dipenjara sembilan tahun, dua sebatan Amang seksual: Bekas guru kekal dipenjara sembilan tahun, dua sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684323451_IstanaKehakiman.jpg)
Amang seksual: Bekas guru kekal dipenjara sembilan tahun, dua sebatan
Seorang bekas guru Bahasa Arab kekal dipenjara sembilan tahun dan dua sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid.
![Ibu Orang Asli mualaf gagal ketepi perintah serah anak kepada bekas suami Ibu Orang Asli mualaf gagal ketepi perintah serah anak kepada bekas suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Ibu Orang Asli mualaf gagal ketepi perintah serah anak kepada bekas suami
Seorang ibu Orang Asli mualaf gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan perintah habeas corpus agar beliau menyerahkan anak perempuannya kepada bekas suami yang bukan Islam.
![Kes dadah: Mahkamah tolak rayuan bekas penghantar barang, hukuman 20 sebatan kekal Kes dadah: Mahkamah tolak rayuan bekas penghantar barang, hukuman 20 sebatan kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684753162_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Kes dadah: Mahkamah tolak rayuan bekas penghantar barang, hukuman 20 sebatan kekal
Seorang bekas penghantar barang gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan supaya hukuman 10 sebatan yang dijatuhkan ke atasnya bagi dua kesalahan memiliki dadah berjalan serentak.
![Rayuan ditolak, dua lelaki terpaksa meringkuk dalam penjara kerana cederakan rakan Rayuan ditolak, dua lelaki terpaksa meringkuk dalam penjara kerana cederakan rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Rayuan ditolak, dua lelaki terpaksa meringkuk dalam penjara kerana cederakan rakan
Pendakwaan mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa seseorang dan mahkamah tidak boleh campur tangan.
![Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan kes SRC International Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan kes SRC International](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657777433_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan kes SRC International
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguh pendengaran bagi rayuan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
![Guan Eng sekali lagi gagal pindah kes rasuah ke Mahkamah Tinggi Guan Eng sekali lagi gagal pindah kes rasuah ke Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637036924_TBLIMGUANENG.jpg)
Guan Eng sekali lagi gagal pindah kes rasuah ke Mahkamah Tinggi
Guan Eng gagal dalam permohonannya untuk memindahkan kes rasuahnya membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.