PUTRAJAYA: Seorang ibu Orang Asli mualaf hari ini gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan perintah habeas corpus agar beliau menyerahkan anak perempuan berumur 10 tahun kepada bekas suaminya yang bukan Islam.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara menolak rayuan wanita berumur 37 tahun itu.
Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Harmindar berkata keterangan di hadapan mahkamah menunjukkan bahawa lelaki berusia 44 tahun itu adalah pemegang hak jagaan de facto bagi kanak-kanak perempuan tersebut selama empat tahun sehinggalah dia diambil oleh perayu.
Beliau juga berkata mahkamah berpandangan keputusan hari ini tidak akan menjejaskan prosiding mengenai hak penjagaan yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuantan.
Harmindar turut memerintahkan agar identiti ibu bapa serta kanak-kanak terbabit dirahsiakan dan tidak disiarkan oleh mana-mana pihak.
Terdahulu, panel itu menolak permohonan wanita tersebut untuk mengemukakan bukti baharu.
Menerusi permohonannya, wanita itu mendakwa peguam yang mewakilinya di Mahkamah Tinggi adalah tidak kompeten.
Pada 25 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan permohonan habeas corpus bekas suami wanita itu dan mengarahkan agar kanak-kanak tersebut dikembalikan kepadanya sementara menunggu keputusan prosiding mengenai hak penjagaan di Mahkamah Tinggi.
Peguam Datuk Bastian Vendargon, yang mewakili bekas suami wanita itu, memaklumkan mahkamah pasangan tersebut telah berkahwin mengikut adat pada 2013 dan isterinya kemudian memeluk agama Islam.
Beliau berkata kanak-kanak itu telah dipelihara oleh bapanya yang juga seorang nelayan dengan bantuan ahli keluarga dan komuniti selama empat tahun selepas wanita tersebut meninggalkan rumah mereka.
Selepas dua tahun, Vendargon berkata wanita itu memohon hak penjagaan anak di Mahkamah Syariah namun menarik balik permohonan atas alasan yang hanya diketahuinya dan mengambil tindakan sendiri dengan melarikan kanak-kanak tersebut sebelum memfailkan permohonan baharu bagi mendapatkan hak jagaan di Mahkamah Tinggi Sivil.
Beliau berkata bekas suami wanita itu kemudian memfailkan permohonan habeas corpus.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili wanita itu, pula berhujah bahawa si bapa sepatutnya menunggu keputusan prosiding bagi hak penjagaan anak namun sebaliknya telah memfailkan permohonan habeas corpus.
Beliau berkata wanita itu telah meninggalkan rumah bersama si anak dan si bapa kemudian datang melawat mereka serta meminta izin untuk membawa pulang kanak-kanak tersebut atas alasan seorang daripada ahli keluarganya meninggal dunia.
Bagaimanapun, selepas itu dia tidak pernah mengembalikan kanak-kanak tersebut kepada ibunya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024
Mahkamah berpandangan keputusan hari ini tidak akan menjejaskan prosiding mengenai hak penjagaan yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuantan. - Gambar hiasan
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Ibu Orang Asli mualaf gagal ketepi perintah serah anak kepada bekas suami
Seorang ibu Orang Asli mualaf gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan perintah habeas corpus agar beliau menyerahkan anak perempuannya kepada bekas suami yang bukan Islam.