KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sekali lagi gagal dalam permohonannya untuk memindahkan kes rasuahnya membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Datuk Nor Bee Ariffin bersama dua lagi hakim yang bersidang Datuk Che Mohd.Ruzima Ghazali dan Datuk Hashim Hamzah yang menolak rayuan itu sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu, perbicaraan kes rasuah membabitkan Ahli Parlimen Bagan itu akan bersambung di Mahkamah Sesyen pada 29 November ini di hadapan Hakim Azura Alwi.
Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala peguam Gobind Singh Deo mewakili Guan Eng.
Sementara itu, Gobind ketika ditemui selepas prosiding kes berkata, pihaknya akan menunggu arahan selanjutnya sama ada untuk membuat rayuan atau tidak berhubung dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
Pada 8 Julai, lalu Guan Eng memfailkan permohonan supaya kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atas alasan antara lain ia melibatkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berhubung pemfailan penyataan pembelaan yang merupakan persoalan penting untuk mendapat perbicaraan adil yang boleh dirayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan.
Bagi kes yang bermula di Mahkamah Sesyen, rayuan akan berakhir di Mahkamah Rayuan.
Kemudian pada 12 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan Guan Eng untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 61, didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan bagi dirinya sendiri wang berjumlah RM3.3 juta dengan mengambil tindakan bagi membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar George Town, Pulau Pinang mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa semasa menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang telah meminta suapan iaitu balasan berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Zarul sebagai upah bagi melakukan perkara yang dicadangkan iaitu membantu syarikat milik ahli perniagaan tersebut dilantik untuk projek sama.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011, antara pukul 12.30 pagi hingga 2 pagi, mengikut Seksyen 16 Akta SPRM yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Ahli Parlimen Bagan itu juga didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Guan Eng dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar di sini, pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017
Astro Awani
Tue Nov 16 2021

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kanan) hadir bersama peguamnya, Gobind Singh Deo bagi mendengar keputusan rayuannya hari ini. - Foto BERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia terima dua set tren ETS daripada pembekal China bulan depan - Loke
Malaysia akan menerima dua set tren perkhidmatan tren elektrik (ETS) daripada pembekal China bulan depan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Tiga ditahan terbabit sindiket percepat permohonan warganegara
Dua pemilik syarikat dan seorang kerani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket yang merasuah pegawai jabatan kerajaan.

Pelajar IPT cedera parah ditikam rakan lelaki
Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun cedera parah akibat ditikam rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institut pengajian tinggi (IPT) dekat sini, pagi tadi.

Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mohon maaf - JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengadakan pertemuan dengan pemilik akaun Facebook Ainon Mohd susulan hantaran menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.
10 Berita Pilihan - (17 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 18 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Ops Khas Pagar Laut 2024, rampasan hampir RM9 juta - APMM Kelantan
Operasi Khas Pagar Laut 2024 merekodkan rampasan bernilai kira-kira RM9 juta melibatkan 121 kes pelbagai kegiatan jenayah rentas sempadan.
AWANI Ringkas: Ismail Sabri selesai rakam keterangan lebih 6 jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Menang kalah adat bertanding' - Guan Eng terbuka jika tidak lagi dipilih perwakilan DAP
Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng mengambil pendirian terbuka jika beliau tidak lagi dipilih menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baharu yang akan ditentukan hari ini.

Pemilihan DAP: Guan Eng tekad tidak akan sesekali tarik diri
Guan Eng menepis khabar angin serta laporan media yang mendakwa beliau akan berundur daripada perebutan jawatan dalam kepimpinan parti.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.

Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.

Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal dalam rayuannya berhubung saman fitnahnya terhadap naib presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng dan akhbar The Star.

Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.