PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini menolak permohonan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguh pendengaran bagi rayuan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.
Dengan ini, prosiding rayuan akan didengar di Mahkamah Persekutuan mengikut tarikh yang ditetapkan sebelum ini.
Prosiding rayuan akhir itu dijadualkan selama 10 hari bermula 15 Ogos depan.
Memetik Berita Harian, perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul selepas pengurusan kes rayuan berkenaan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, pada Jumaat.
Pasa Selasa lalu, peguam yang baharu dilantik Najib diketuai Hisyam Teh Poh Teik memohon penangguhan berkenaan.
Ia susulan pertukaran pasukan peguam terdahulu yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi kes rayuan tersebut.
Pada 28 Julai 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Mahkamah turut memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah.
Namun, beliau dibenarkan ikat jamin sementara menunggu pendengaran di Mahkamah Persekutuan.
Hisyam, yang mempunyai pengalaman 45 tahun, kini mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah di Mahkamah Tinggi.
Hisyam pernah mewakili wanita Vietnam, Doan Thi Huong, yang didakwa membunuh Kim Jong-nam pada 2017.
Wanita itu didakwa bersama warga Indonesia, Siti Aisyah atas kesalahan itu, tetapi pihak pendakwaan menarik balik tuduhan membunuh ke atas Siti.
Doan kemudiannya mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif menyebabkan kecederaan terhadap Kim dengan melumurkan agen saraf VX pada mukanya di balai pelepasan klia2.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Doan, yang kemudian pulang ke Vietnam pada 2019 selepas selesai menjalani hukumannya.
Astro Awani
Fri Jul 29 2022
![Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan kes SRC International Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan kes SRC International](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657777433_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguh pendengaran bagi rayuan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
![Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739347822_tbNajibTunRazak.jpg)
Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
![Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739344427_TBBAGINDAALTANTUYA.jpg)
Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
![AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737105069_NajibRazak.jpg)
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
![Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737716203_PresidenpenajaPart.jpg)
Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.
![Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736747113_NajibRazak.jpg)
Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.
![Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737105069_NajibRazak.jpg)
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
![Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637916006_TommyNajib.jpg)
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
![Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729076751_najib.jpg)
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
![Najib nafi tamatkan perkhidmatan Abdul Gani kerana siasatan 1MDB Najib nafi tamatkan perkhidmatan Abdul Gani kerana siasatan 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736747113_NajibRazak.jpg)
Najib nafi tamatkan perkhidmatan Abdul Gani kerana siasatan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada 2015 tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB.