KUALA LUMPUR: Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka mulai 2 Mei selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan sedar bahawa mungkin ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan dalam pangkalan data kerajaan.
"Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM).
"Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, permohonan rayuan boleh dibuat melalui dua kaedah sama ada secara dalam talian melalui Portal Rasmi BKM LHDNM 2022 di https://bkm.hasil.gov.my atau penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 secara manual.
Penghantaran borang rayuan secara manual boleh diserahkan mulai 9 Mei ke cawangan, Pejabat Satelit (PS), Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.
"Setelah pangkalan data BKM dikemas kini, pembayaran rayuan BKM kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 dijadualkan pada September dan Disember 2022," katanya.
Tengku Zafrul berkata, kerajaan telah mengemas kini data golongan B40 yang layak menerima BKM dan setakat ini, hampir RM2.0 bilion bantuan Fasa 1 BKM telah disalurkan kepada hampir sembilan juta penerima B40 seluruh negara pada Mac lepas manakala bayaran Fasa 2 sebanyak RM1.1 bilion pula akan dibuat pada Jun. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022

Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka mulai 2 Mei selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini, kata Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Gambar fail Astro AWANI

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Bayaran BKM Fasa 4 dipercepatkan kepada bulan ini - PM
Ismail Sabri memaklumkan, pembayaran membabitkan peruntukan bernilai RM2.1 bilion akan memberi manfaat kepada 5.2 juta penerima pelbagai kategori.

Bajet 2023: 'RM500 Inisiatif Cahaya Mata, sempat lagi tambah zuriat tahun depan' - Tengku Zafrul
Pemberian sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun 2023.

B40, M40 gemar bantuan tunai, pilih kedai satelit - Kajian
Sebanyak 58.2 peratus isi rumah yang terkesan akibat peningkatan harga pada masa ini memilih bantuan tunai.

Penerima BKM boleh tebus RM75 Baucar Perlindungan Tenang dengan RM5
Persatuan industri insurans menasihatkan semua penerima BKM supaya memastikan mereka mengetahui kelayakan mereka dengan menyemak portal MyPTV.

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan - PM
Kerajaan beri bayangan tingkatkan bantuan untuk ringankan beban rakyat khususnya golongan B40.

BKM Fasa 2: 8.6 juta bakal terima secara berperingkat mulai hari ini
BKM Fasa 2 dengan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion akan memanfaatkan 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Pemuda Pas minta kerajaan kaji semula jumlah bantuan BKM
Bantuan tambahan BKM dilihat hanya bersifat jangka pendek dan tidak cukup komprehensif untuk menangani keresahan rakyat.

Bantuan Keluarga Malaysia: PM umum tambahan RM100 bagi isi rumah, RM50 bujang
Kerajaan mengumumkan tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 bagi kategori isi rumah dan RM50 bagi kategori bujang.

Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia dibuka mulai 2 Mei ini
Kerajaan sedar bahawa mungkin ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan dalam pangkalan data kerajaan.

BKM mula dibayar 28 Mac, ringankan beban rakyat sambut Ramadan - PM
Penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima.