KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 bagi kategori isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang.
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media khas pada Rabu.
Jelasnya, pertambahan bantuan itu melibatkan peruntukan RM630 juta.
"Hari ini saya ingin mengumumkan BKM tambahan. Seperti kita tahu BKM merupakan inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Belanjawan 2022.
"Ia bagi manfaat golongan B40, setakat ini seramai 8.6 juta penerima BKM telah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,500 pada tahun 2022," jelasnya.
Tambah Ismail, bayaran tambahan itu akan dibuat bermula 27 Jun depan dalam pembayaran fasa kedua BKM.
"Kerajaan mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk bujang.
"Bayaran fasa dua BKM melibatkan peruntukan RM1.11 billion dan setiap penerima BKM menerima RM400. Setiap penerima dengan bantuan tambahan ini, bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
"Bayaran bantuan tunai dibayar bersekali fasa dua BKM, melibatkan peruntukan RM630 juta. Bantuan ini akan dimasukkan ke dalam BKM, maknanya kalau dulu mereka terima RM400, apabila kita masukkan RM100 mereka akan terima RM500," katanya lagi.
Bayaran tambahan itu jelasnya akan memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas, bujang dan tiada pasangan serta 3.4 juta individu bujang.
Fareez Azman
Wed Jun 22 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media khas di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Bayaran BKM Fasa 4 dipercepatkan kepada bulan ini - PM
Ismail Sabri memaklumkan, pembayaran membabitkan peruntukan bernilai RM2.1 bilion akan memberi manfaat kepada 5.2 juta penerima pelbagai kategori.

Bajet 2023: 'RM500 Inisiatif Cahaya Mata, sempat lagi tambah zuriat tahun depan' - Tengku Zafrul
Pemberian sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun 2023.

B40, M40 gemar bantuan tunai, pilih kedai satelit - Kajian
Sebanyak 58.2 peratus isi rumah yang terkesan akibat peningkatan harga pada masa ini memilih bantuan tunai.

Penerima BKM boleh tebus RM75 Baucar Perlindungan Tenang dengan RM5
Persatuan industri insurans menasihatkan semua penerima BKM supaya memastikan mereka mengetahui kelayakan mereka dengan menyemak portal MyPTV.

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan - PM
Kerajaan beri bayangan tingkatkan bantuan untuk ringankan beban rakyat khususnya golongan B40.

BKM Fasa 2: 8.6 juta bakal terima secara berperingkat mulai hari ini
BKM Fasa 2 dengan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion akan memanfaatkan 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Pemuda Pas minta kerajaan kaji semula jumlah bantuan BKM
Bantuan tambahan BKM dilihat hanya bersifat jangka pendek dan tidak cukup komprehensif untuk menangani keresahan rakyat.

Bantuan Keluarga Malaysia: PM umum tambahan RM100 bagi isi rumah, RM50 bujang
Kerajaan mengumumkan tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 bagi kategori isi rumah dan RM50 bagi kategori bujang.

Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia dibuka mulai 2 Mei ini
Kerajaan sedar bahawa mungkin ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan dalam pangkalan data kerajaan.

BKM mula dibayar 28 Mac, ringankan beban rakyat sambut Ramadan - PM
Penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima.