KUANTAN: Permintaan dua beradik untuk membeli aiskrim buat kali terakhir menjadi kenangan sukar dilupakan buat ibu dan bapanya apabila kedua-duanya bersama seorang lagi anak lelaki mereka maut dalam kemalangan di Jalan Benta-Lamir berhampiran Kampung Langgar, pada Sabtu.
Dalam nahas kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, penunggang motosikal, Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam, 15, dan dua adiknya, Nik Nur Faqihah, 11, serta Nik Ikram Nuqman, 5, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Bapanya, Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman, 41, berkata, Nik Nur Faqihah dan anak bongsunya, Nik Ikram Nuqman merayu kepada ibunya, Nur Baizura Mustafa, 33, supaya memberi sedikit wang untuk membeli aiskrim pada hari kejadian.
Menurutnya, Nik Nur Faqihah memberitahu itu adalah permintaan terakhir daripada mereka berdua.
"Nik Nur Faqihah kata, hari ini (Sabtu) last (terakhir) saya hendak makan aiskrim manakala adiknya (Nik Ikram Nuqman) pula merayu-rayu dan meminta izin dengan ibunya untuk pergi ke kedai.
"Dua beradik itu kemudian bersama abangnya (Nik Ikram Idwan) menaiki motosikal untuk membeli aiskrim di sebuah kedai namun ketika dalam perjalanan balik motosikal ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah kereta," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Pekan pada Ahad.
Dia yang bekerja sebagai pemotong rumput mendapat tahu mengenai permintaan terakhir dua anaknya itu daripada Nur Baizura.
Nik Mohd Khairul Hisyam berkata, berita mengenai kemalangan maut membabitkan ketiga-tiga anaknya diketahui selepas menerima panggilan telefon daripada isterinya pada jam 1 tengah hari Sabtu ketika sedang bekerja.
"Bila isteri cakap tiga anak kita sudah tiada, saya ingat dia (isteri) main-main, tetapi selepas melihat gambar anak-anak terbaring atas jalan, saya rasa hiba dan sedih.
"Selepas itu, saya bergegas pulang dan tidak dibenarkan untuk melihat anak-anak yang kaku di atas jalan raya," ujarnya dengan nada sebak.
Bagaimanapun, anak kelahiran Besut Terengganu itu mengakui reda dengan pemergian ketiga-tiga anaknya, namun terselit rasa terkilan kerana tidak dapat melihat Nik Ikram Idwan menyambungkan semula persekolahan selepas Hari Raya Aidiladha.
Katanya, segala kelengkapan seperti pakaian, kasut sudah dibeli dan proses pendaftaran sekolah sedang dilaksanakan.
"Dia ( Nik Ikram Idwan) beli motosikal dengan usaha sendiri semata-mata untuk memudahkan ke sekolah, tapi Allah lebih menyayanginya," katanya.
Pada Sabtu kira kira jam 12.30 tengahari tiga beradik, Nik Ikram Idwan dan dua adiknya, Nik Nur Faqihah, dan Nik Ikram Nuqman maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir, berhampiran Kampung Langgar.
Ketiga-tiga jenazah dijangka akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu, Pekan pada Ahad. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 25 2023
!['Rayu nak pergi kedai, beli ais krim untuk kali terakhir' 'Rayu nak pergi kedai, beli ais krim untuk kali terakhir'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687679684_TBeksiden.jpg)
Nik Mohd Khairul Hisyam dan Nur Baizura ditenangkan oleh ahli keluarga ketika menunggu untuk menuntut jenazah tiga anaknya di Hospital Pekan pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
!['Rayu nak pergi kedai, beli ais krim untuk kali terakhir' 'Rayu nak pergi kedai, beli ais krim untuk kali terakhir'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687679684_TBeksiden.jpg)
'Rayu nak pergi kedai, beli ais krim untuk kali terakhir'
Berita membabitkan ketiga-tiga anaknya diketahui selepas menerima panggilan telefon daripada isterinya pada jam 1 tengah hari Sabtu ketika sedang bekerja.
![Tiga beradik maut motosikal bertembung MPV Tiga beradik maut motosikal bertembung MPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687652438_MAUT.jpg)
Tiga beradik maut motosikal bertembung MPV
Kejadian pada tengah hari Sabtu itu meragut nyawa Nik Ikram Idwan dan adik-adiknya, Nik Nur Faqihah dan Nik Ikram Nuqman.
![Tiga beradik maut dalam nahas di Lahad Datu Tiga beradik maut dalam nahas di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678328472_kemalangantigamaut.jpg)
Tiga beradik maut dalam nahas di Lahad Datu
Dalam kejadian itu, tiga beradik yang menaiki motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.
![Banjir Kelantan: ST siasat kes tiga beradik maut kena renjatan elektrik Banjir Kelantan: ST siasat kes tiga beradik maut kena renjatan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671541986_mautrenjatan.jpg)
Banjir Kelantan: ST siasat kes tiga beradik maut kena renjatan elektrik
Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang meragut tiga nyawa akibat terkena renjatan elektrik di Tumpat, Kelantan semalam bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
![Maut renjatan elektrik: 'Kami hilang tiga permata sekali gus' Maut renjatan elektrik: 'Kami hilang tiga permata sekali gus'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671527017_TBREDHAANAKMAUT.jpg)
Maut renjatan elektrik: 'Kami hilang tiga permata sekali gus'
Ketiga-tiga mangsa renjatan elektrik iaitu Nurul Syazwani Mohd Nadzir, 33, Sakinah, 29, serta Noor Fathiah, 27, merupakan anak perempuan yang mereka ada daripada lapan beradik.
![Maut renjatan elektrik: Nor Syazwani guru komited Maut renjatan elektrik: Nor Syazwani guru komited](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671449142_TBRENJATANELEKTRIK.jpg)
Maut renjatan elektrik: Nor Syazwani guru komited
Pemergian guru tadika, Nor Syazwani Mohd Nazir, 33, mangsa banjir yang maut akibat terkena renjatan elektrik pada Isnin disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat warga pendidik di Pasti.
![TNB siasat insiden tiga beradik maut kena renjatan elektrik TNB siasat insiden tiga beradik maut kena renjatan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658916136_Tenaganasionalberh.jpg)
TNB siasat insiden tiga beradik maut kena renjatan elektrik
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan siasatan insiden tiga beradik maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam bencana banjir di Kelantan.
![Tiga beradik maut terkena renjatan elektrik Tiga beradik maut terkena renjatan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671434638_mautrenjatan.jpg)
Tiga beradik maut terkena renjatan elektrik
Tiga beradik perempuan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah rumah yang ditenggelami air di Kampung Morak, di Tumpat pada Isnin.