Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin menahan seorang pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana disyaki menerima rasuah berupa tiket penerbangan serta penginapan hotel bagi percutian ke Eropah.
Menurut sumber, suspek wanita berusia 50 tahun yang pernah bertugas di Pejabat MARA daerah di Selangor itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM pukul 3 petang selepas dipanggil untuk memberi keterangan.
Jelas sumber, suspek dipercayai telah menerima tajaan daripada beberapa syarikat untuk dirinya iaitu tiket kapal terbang dan penginapan hotel bagi percutian selama 10 hari ke London dan Paris antara Mac hingga April 2014.
“Suapan tersebut ialah bagi menyokong proses permohonan pembiayaan yang dahulunya dikenali sebagai Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Mara yang dipercayai mengandungi butiran palsu kepada Pengarah MARA Negeri Selangor,” katanya.
Dalam pada itu, SPRM turut menahan seorang suspek yang dipercayai bersubahat dengan pegawai MARA berkenaan. Difahamkan, dia bertindak sebagai orang tengah antara permohon pembiayaan dan pegawai MARA itu.
Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan pada pukul di 2.45 di Ibu Pejabat SPRM.
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Katanya, kedua-dua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan Sekyen Kuala Lumpur esok bagi pendakwaan mengikut Seksyen 17 (a), Seksyen 18 dan Seksyen 28 (1)(c) Akta SPRM 2009, Seksyen 165 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613).
Hilal Azmi
Mon Aug 13 2018

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Rasuah: Pegawai MARA dan orang tengah ditahan SPRM
SPRM pada Isnin menahan seorang pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana disyaki menerima rasuah berupa tiket penerbangan serta penginapan hotel bagi percutian ke Eropah.

SPRM tangkap polis dan pengusaha syarikat lindungi warga asing tanpa dokumen sah
SPRM telah menangkap tujuh orang dalam satu operasi yang dilancarkan berhubung kebanjiran warga asing tanpa dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah di Sarawak.

Simi Abd Ghani dilantik Pengarah Bahagian Siasatan SPRM
Pelantikan Simi adalah untuk menggantikan Datuk Azam Baki yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM pada 4 Oktober lalu.