Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap tujuh orang dalam satu operasi yang dilancarkan berhubung kebanjiran warga asing tanpa dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah di Sarawak.
Dalam operasi yang dilancarkan itu, SPRM telah menangkap seorang pegawai polis berpangkat ASP, seorang anggota polis berpangkat Koperal dan lima pengusaha-pengusaha syarikat.
Kesemua mereka ditangkap dalam beberapa operasi yang dilancarkan SPRM di Sibu, Miri dan Kuching antara jam 11 pagi sehingga 2.45 petang hari ni.
Pengusaha-pengusaha itu dipercayai telah merasuah pegawai-pegawai penguatkuasaan untuk melindungi pekerja-pekerja warga asing mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.
Dikatakan, mereka akan cuba merasuah pegawai-pegawai polis, Imigresen dan penguatkuasa dari jabatan lain sekiranya syarikat atau kilang mereka diserbu.
Pegawai polis yang ditahan pula dipercayai telah menerima wang rasuah daripada pengusaha-pengusaha syarikat ini supaya tindakan tidak diambil ke atas warga-warga asing ini.
Berhubung isu yang sama, SPRM negeri Johor juga telah menangkap seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 29 tahun kerana disyaki telah dibayar wang rasuah dalam beberapa transaksi untuk melindungi pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja sah di kilang kayu sekitar daerah Kluang.
Kesemua pegawai polis yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) SPRM 2009 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.
Suspek lain yang ditangkap pula akan disiasat mengikut seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan-tangkapan tersebut dan berkata, operasi itu merupakan tangkapan fasa kedua selepas operasi fasa pertama dilancarkan pada 23 Februari lalu.
Beliau berkata dalam operasi fasa pertama, SPRM telah menangkap 10 warga asing dan seorang warga tempatan.
"Seorang warga asing dan warga tempatan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Sarawak hari ini kerana kesalahan menawarkan suapan berjumlah RM500 kepada seorang pegawai Imigresen," ujarnya.
Selebihnya akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.
Simi berkata SPRM mempunyai maklumat berhubung perkara sedemikian dan menegaskan tindakan sewajarnya akan diambil bagi mengheret mana-mana pegawai dan anggota penguatkuasa yang bersubahat ke muka pengadilan.
Tambah beliau kemasukan pekerja asing secara haram itu bukan sahaja boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara, malah turut menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah di negeri ini.
Astro Awani
Mon Mar 06 2017

SPRM telah menangkap tujuh orang dalam operasi berhubung kebanjiran warga asing tanpa dokumen perjalanan dan permit kerja sah di Sarawak. - Gambar SPRM
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

44 pegawai polis KL dinaikkan pangkat DSP, ASP
Seramai 44 pegawai polis Kuala Lumpur dinaikkan pangkat sebagai pegawai kanan, bagi mengiktiraf usaha dan sumbangan mereka dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dua pegawai kanan direman, Polis Kelantan beri kerjasama kepada SPRM
SAC Abdullah Muhammad Piah berkata pihaknya juga akan menjalankan siasatan dalaman selari dengan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes itu.

ASP tidak mengaku terima rasuah RM5,000
Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM5,000.

ASP ditahan minta rasuah RM30,000
Pegawai polis berusia 30-an itu dikatakan meminta rasuah daripada seorang individu sebagai balasan untuk menyelesaikan kes dan memberi perlindungan kepada suspek kes jenayah.

Polis terima laporan menerusi laman sosial selagi tidak aibkan PDRM
Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata bagaimanapun, pihak polis boleh mengambil tindakan tegas sekiranya aduan berkenaan mempunyai unsur atau bersifat memburukkan imej pasukan itu.

SPRM tangkap polis dan pengusaha syarikat lindungi warga asing tanpa dokumen sah
SPRM telah menangkap tujuh orang dalam satu operasi yang dilancarkan berhubung kebanjiran warga asing tanpa dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah di Sarawak.

MAVCOM batal permit perkhidmatan udara Eaglexpress
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)bertindak membatalkan Permit Perkhidmatan Udara (ASP) Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd, berkuat kuasa 21 Dis, 2016.

Pegawai polis dituduh minta dan terima rasuah
Ahmad Zaharuddin Zainal Abidin didakwa meminta suapan RM10,000 daripada Tan Ah Eng.