SEREMBAN: Penjawat awam Negeri Sembilan yang berniat untuk melakukan penyelewengan dan rasuah dinasihatkan supaya berhenti sebelum dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata SPRM diberi kuasa penuh untuk terus menyiasat mana-mana penjawat awam di negeri ini sekiranya ada yang terlibat dalam perbuatan tidak bermoral itu.
"Semasa pelancaran Pangkalan Data Utama (PADU), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada SPRM dan polis kerana begitu tegas kepada pelaku rasuah dan memberi kuasa penuh untuk menjejaki individu yang terlibat dengan rasuah dalam kementerian.
"Saya juga sealiran dengan beliau..jika ada yang sedang berniat atau sedang merancang untuk tujuan tersebut, lebih baik berhenti sebelum SPRM datang ke pejabat anda," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 2024 di sini hari ini.
Beliau turut menyeru penjawat awam supaya mengamalkan urus tadbir yang baik, mengelakkan pembaziran dan mencegah ketirisan selain memastikan setiap ringgit hasil kerajaan negeri dibelanjakan mengikut keperluan.
Jelas beliau, Negeri Sembilan telah melonjakkan hasil negeri daripada RM400 juta ke RM500 juta dalam tempoh lima tahun berikutan kesepakatan dalam mengurus tadbir kewangan.
Dalam pada itu, Aminuddin turut meminta penjawat awam untuk memperkasa usaha menangani kos sara hidup rakyat dan mencari kaedah terbaik supaya masyarakat tidak terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang di samping memastikan bekalan makanan mencukupi.
Beliau berkata mereka perlu bekerjasama dengan agensi yang memberi perkhidmatan terus kepada rakyat seperti Baitulmal Negeri Sembilan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sekali gus memastikan kekayaan harta negeri ini tidak berlegar dalam golongan tertentu sahaja.
"Pelbagai program pemerkasaan ekonomi rakyat berjaya dilaksanakan sejak 2018 termasuk bantuan modal untuk usahawan, Bantuan Anak Sekolah, Biasiswa Anak Negeri dan pemberian subsidi Rumah Harapan," katanya.
Penjawat awam juga katanya perlu memastikan sistem penyampaian awam di negeri ini diperhebat demi mengoptimumkan sumber kerajaan untuk manfaat rakyat selain mencanai minda bagi mendepani cabaran.
Saya dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim yang mengumumkan pelaksanaan jadual waktu bekerja fleksibel (BWF) bagi warga perkhidmatan awam negeri bermula 15 Jan ini, jadi saya harap ia dimanfaatkan sebaiknya oleh penjawat awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024
Aminuddin (foto) berkata SPRM diberi kuasa penuh untuk terus menyiasat mana-mana penjawat awam di negeri ini sekiranya ada yang terlibat dalam perbuatan tidak bermoral itu. -Gambar fail/Bernama
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Israel tidak mahu perdamaian, hanya tambah musuh
Alternatif seperti menjadikan mana-mana negara lain di Asia Barat sebagai sekutu kuat AS tidak berkesan kerana ia membawa kepada pengabaian terhadap Palestin.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
Perarakan kereta klasik serikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan
Perarakan kereta itu bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini selain menzahirkan penghargaan kepada pejuang terdahulu dan rasa cinta terhadap tanah air.
Tuanku Muhriz saksi perbarisan Hari Kebangsaan di Negeri Sembilan
Lebih 80 kontinjen merangkumi 5,000 peserta terlibat pada perbarisan sambutan yang diadakan di Padang Majlis Bandaraya Seremban(MBS).
Air pasang besar punca banjir di Negeri Sembilan - MB
Kejadian banjir yang berlaku di Negeri Sembilan sejak Selasa lalu disebabkan fenomena air pasang besar terutamanya di kawasan Port Dickson.
Negeri Sembilan telah tunaikan 95 peratus manifesto PRN - Aminuddin
Katanya, sebahagian inisiatif itu termasuk bantuan perkahwinan RM500 kepada anak negeri yang mendirikan rumah tangga untuk kali pertama.
Rakyat Negeri Sembilan diminta terus kibar Jalur Gemilang, semarakkan Bulan Kebangsaan
Katanya pengibaran Jalur Gemilang perlu dilihat sebagai cerminan jati diri selain menghargai pengorbanan pejuang kemerdekaan terdahulu.
Negeri Sembilan akan adakan pertemuan bincang Koridor Ekonomi Anjung Selatan
Negeri Sembilan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Melaka dan Johor dalam masa terdekat bagi membincangkan secara terperinci cadangan mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan.
Aminuddin nafi PKR N.Sembilan bergolak
Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata kepimpinan parti berada dalam keadaan baik dan pihaknya tidak dimaklumkan berhubung rasa tidak puas hati mana-mana pihak.
Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB
Ia susulan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program termasuk kerjasama dengan syarikat bagi menyediakan pekerjaan kepada miskin tegar.
Dua lagi premis jalankan aktiviti sisa elektronik diserbu - Aminuddin
Dua lagi premis haram menjalankan aktiviti peleraian bahan buangan elektronik di Negeri Sembilan diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di Kampung Ribu, Rantau tengah hari tadi.
FAMA sasar RM7.3 juta jualan FAMA Fest tahun ini
Sasaran itu melibatkan lapan penganjuran FAMA Fest bermula Februari lepas hingga Disember ini.