SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 kepada seorang bekas guru besar selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan rasuah berkaitan kerja-kerja menyelenggara dan menaik taraf bangunan serta infrastruktur Sekolah Rendah Agama (SRA) di daerah Petaling dan Kuala Selangor pada 2019.
Hakim Datuk Anita Harun turut memerintahkan Kamaludin Sahlan, 51, dihukum penjara lima bulan, jika gagal menjelaskan denda tersebut.
Kamaludin dituduh secara rasuah meminta daripada seorang lelaki suapan sebanyak 11 peratus daripada nilai projek sebagai dorongan baginya membantu individu itu mendapatkan kerja-kerja menyelenggara dan menaik taraf bangunan serta infrastruktur SRA dalam daerah Petaling dan Kuala Selangor.
Kamaludin juga mengaku melakukan rasuah dengan menerima wang berjumlah RM164,800 menerusi akaun bank miliknya daripada lelaki tersebut atas tujuan sama.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Taman Seri Medan, Telok Panglima Garang dan cawangan bank di Kota Kemuning, Seksyen 31 di sini antara Mei 2019 hingga 21 April 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.
Bagaimanapun, mahkamah mengambil kira pengakuan tertuduh dengan menjatuhkan hukuman bagi kesalahan kedua bersekali dengan pertuduhan pertama.
Peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan berkata Kamaludin sangat menyesal serta insaf atas kesalahan yang dilakukannya dan memohon hukuman ringan kerana anak guamnya bukan sahaja akan dipenjara serta didenda malah turut kehilangan pekerjaan dan pencen.
Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Aliff Shaharuzaman berkata mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam mengatasi kepentingan individu dalam menjatuhkan hukuman kerana rasuah adalah sesuatu kesalahan yang serius.
Mahkamah turut memerintahkan wang berjumlah RM100,000 dalam sebuah akaun bank milik seorang lelaki berkaitan kes itu dilucuthakkan kepada kerajaan Malaysia selain wang jaminan RM30,000 dikembalikan kepada tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. -Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rasuah: Bekas guru besar dipenjara sehari, denda RM10,000
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Taman Seri Medan, Telok Panglima Garang dan cawangan bank di Kota Kemuning, Seksyen 31 antara Mei 2019 hingga 21 April 2021.

Bekas guru besar didakwa minta, terima RM164,800 untuk projek sekolah agama
Seorang bekas guru besar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan RM164,800.