KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta supaya mempertimbangkan untuk menukar tarikh Hari Batik Malaysia yang ditetapkan pada 3 Disember setiap tahun kepada tarikh lain berikutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia turut disambut pada tarikh tersebut.
Senator Datuk Ras Adiba Radzi, yang membawa suara OKU di Dewan Negara, berkata beliau meluahkan rasa kecewa komuniti OKU dan meminta agar kerajaan memberi perhatian serta mengambil kira Hari OKU Sedunia yang disambut di seluruh dunia pada tarikh tersebut setiap tahun.
Justeru Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral, memohon kepada kerajaan agar cadangannya supaya sambutan Hari Batik Malaysia pada 3 Disember ditukar kepada tarikh lain.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 pada persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.
"Mungkin kita terlupa bahawa menurut WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), 15 peratus populasi sebuah negara adalah OKU. OKU juga berhak mengundi dan memilih kerajaan. Kami adalah 4.8 juta daripada Keluarga Malaysia," tegasnya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan tarikh 3 Disember setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia bermula tahun ini bagi menggalakkan seluruh rakyat termasuk pihak swasta dan masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk memakai pakaian batik Malaysia.
Sementara itu, Ras Adiba turut mempersoalkan sama ada elemen aksesibiliti dan pematuhan Keperluan Reka Bentuk Sejagat dan Malaysia Standard (MS1184) menjadi satu daripada kriteria wajib untuk setiap pendanaan RM30 juta yang disediakan bagi pembaikan 738 hotel bajet berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Selain itu, beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah memilih Bernama sebagai agensi pemacu dalam menyediakan Kursus Jurubahasa Isyarat Malaysia (JBIM).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021
Datuk Ras Adiba Radzi berkata, beliau meluahkan rasa kecewa komuniti OKU dan meminta agar kerajaan memberi perhatian serta mengambil kira Hari OKU Sedunia yang disambut di seluruh dunia pada tarikh tersebut. - Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Hari Batik kekal pada 3 Disember - Nancy
Tarikh 3 Dis yang diisytiharkan sebagai Hari Batik Malaysia dikekalkan dalam usaha memperkasa industri batik tempatan dan menyemarakkan pemakaian batik Malaysia.
Ras Adiba mohon kerajaan tukar tarikh Hari Batik Malaysia kepada tarikh lain
Beliau meluahkan rasa kecewa komuniti OKU dan meminta agar kerajaan memberi perhatian serta mengambil kira Hari OKU Sedunia.
3 Disember diisytihar Hari Batik Malaysia - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan tarikh 3 Disember setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia bermula tahun ini.