Kerajaan bersetuju untuk menggubal Rang Undang-Undang (RUU) COVID-19 (Langkah Sementara) sebagai pelepasan sementara daripada tanggungjawab perjanjian bagi suatu tempoh yang ditetapkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin berkata, RUU berkenaan akan dibentangkan pada sesi Parlimen Julai nanti.

"Sebagai komitmen Kerajaan untuk mengurangkan impak perundangan COVID-19, Kerajaan bersetuju untuk menggubal Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara). Rang Undang-Undang ini merupakan pelepasan sementara atau temporary relief daripada tanggungjawab perjanjian bagi suatu tempoh yang ditetapkan.

"Kerajaan berharap dengan adanya Akta baharu ini, kelangsungan hidup rakyat Malaysia umumnya dapat diteruskan. InsKerajaan akan membentangkan RUU ini pada sesi Parlimen bulan Julai nanti," tambahnya.