Demi membantu kelompok sasaran yang terpencil bersempena bulan Ramadan, sekumpulan anak muda mencari jalan meringankan beban golongan ini melalui program 'The Ramadan Project'.
Inisiatif tersebut yang dipelopori kumpulan anak muda menerusi Happy Bank yang sudah masuk tahun keempat diusahakan dan pada tahun ini disasarkan kepada komuniti PPR Taman Medan.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, Happy Bank telah menjalankan pelbagai program dan aktiviti yang membantu kelompok sasaran terpencil termasuklah golongan miskin tegar di luar bandar, kumpulan Rohingya dan anak-anak yatim melalui jaringan kerjasama dengan badan kebajikan bukan kerajaan yang lain serta syarikat korporat.
Menurut Pengasas, Nurainie Haziqah Shafi’i, 28, program dan aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk membantu kelompok yang jarang mendapat perhatian daripada syarikat-syarikat korporat mahupun kerajaan akibat kekangan akses dan hubungan antara kelompok ini.
"Happy Bank bertindak sebagai jambatan antara pemberi dan penerima manfaat bagi memastikan bantuan disalurkan secara telus dan adil," katanya.
Tambah Nurainie, kebanyakan projek yang dilaksanakan bersifat berterusan, dan “one-off” mengikut kepada kesesuaian masa dan keperluan kelompok tersebut.
"Sejak 2014, Happy Bank telah menjelajah ke Pahang, Kedah dan Selangor melalui inisiatif 'The Ramadan Project'.
"Inisiatif ini merupakan inisiatif utama dan yang pertama dijalankan oleh Happy Bank dan setiap penerima manfaat yang dikenal pasti akan diberi bantuan berupa makanan keperluan asas. Bantuan ini bukan sahaja membantu keluarga untuk menghadapi Ramadan, malah persiapan kepada Syawal juga," katanya.
Tambah beliau, uniknya bagi Ramadan kali ini, Happy Bank bukan sahaja memberi barangan keperluan asas, malah keluarga daripada PPR Taman Medan turut diberi bantuan pakaian raya yang diberikan kepada mereka.
"Selain itu, projek tahun ini juga mendapat sokongan daripada syarikat korporat QSR Brands sebagai penaja utama.
“Pada tahun-tahun sebelum ini, kami memfokuskan kepada golongan miskin tegar di luar bandar, namun tahun ini kami memilih PPR Taman Medan kerana saya dan rakan-rakan secara peribadi terkesan dengan kajian terkini daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang memberikan gambaran yang lebih kritikal khususnya melibatkan golongan miskin bandar," kata Nurainie.
Berdasarkan kajian itu, tinjauan daripada 17 projek perumahan rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur mendapati masalah kemiskinan bandar berkait rapat dengan masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak, iaitu sebanyak 10 peratus kanak-kanak menikmati kurang daripada tiga hidangan sehari.
Beliau berharap agar inisiatif kepada PPR Taman Medan kali ini akan menjadi permulaan dan asas kepada inisiatif-inisiatif yang akan datang dan boleh memberi fokus terutamanya untuk membantu masalah nutrisi dalam kalangan kanak-kanak di sini.
Program yang melibatkan 18 orang sukarelawan, turut diceriakan dengan aktiviti berbuka puasa beramai-ramai antara sukarelawan, penaja utama QSR Brands dan penduduk setempat.
Hafiz Marzukhi
Wed Jun 06 2018
Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, Happy Bank telah menjalankan pelbagai program dan aktiviti yang membantu kelompok sasaran terpencil. - Foto: The Ramadan Project
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
Bantuan Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Kelantan
Kerajaan Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam membabitkan gred 56 ke bawah yang akan diagihkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Bantuan Aidilfitri RM700 untuk peserta PKPP - MB Pahang
Seramai 886 peserta dari tujuh buah Rancangan Sosial Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM700 seorang bermula hari ini.
Bantuan Aidilfitri, pelepasan cukai individu - Anwar umum 4 inisiatif tambahan Belanjawan 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan empat inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023.
Kelantan beri bantuan Aidilfitri RM700 kepada penjawat awam
Kelantan hari ini mengumumkan pemberian bantuan raya RM700 kepada penjawat awam dan lantikan politik di negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
The Ramadan Project sasar kumpulan terpencil
Inisiatif tersebut yang dipelopori kumpulan anak muda menerusi Happy Bank menyasarkan komuniti PPR Taman Medan pada tahun ini.