LIPIS: Seramai 886 peserta dari tujuh buah Rancangan Sosial Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM700 seorang bermula hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM606,200 itu merupakan komitmen yang telah dilaksanakan sejak 2015.
"PKPP telah memberi sumbangan Hari Raya Aidilfitri sejak 2015 sehingga kini, dengan jumlah keseluruhan RM4.86 juta.
"Pemberian ini merupakan bukti bahawa PKPP diuruskan dengan baik walaupun melalui fasa sukar seperti masalah pekerja, COVID-19 dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri PKPP di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.
Jelas Wan Rosdy, bantuan tersebut sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap peserta rancangan sosial PKPP bagi meringankan beban perbelanjaan mereka untuk menyambut hari raya.
Tujuh buah rancangan sosial terlibat ialah Rancangan Penempatan Semula (RPSK) Merapoh, RPSK Jerkoh, RPSK Peruang selain Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Sungai Ular, Sri Gemuruh, Kampung Awah dan Ladang Kecil Sungai Charu.
Sempena majlis itu turut diadakan penyampaian Bantuan Khas Aidilfitri kepada 325 orang Pengerusi JPKK, JPKKOA, Tok Batin, Setiausaha JPKK dan Ibu Tunggal bagi DUN Benta, Cheka dan Padang Tengku.
Selain itu, sumbangan sebanyak RM1,000 diberikan kepada Masjid Daerah Lipis serta RM750 kepada masjid dan surau dalam rancangan sosial PKPP di daerah Lipis.
Turut menerima sumbangan ialah kepada tabung JPKK RPSK Merapoh, Peruang, Jerkoh dan RTP Sg Ular yang menerima sebanyak RM2,500 setiap rancangan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM10,000.
Norfarhiza Mohd Atar
Thu Apr 13 2023
![Bantuan Aidilfitri RM700 untuk peserta PKPP - MB Pahang Bantuan Aidilfitri RM700 untuk peserta PKPP - MB Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681373594_WanRosdy.jpg)
Wan Rosdy berkata, sumbangan yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM606,200 itu merupakan komitmen yang telah dilaksanakan sejak 2015. - Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Bantuan Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Kelantan Bantuan Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712127609_Duitjutakela.jpg)
Bantuan Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Kelantan
Kerajaan Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam membabitkan gred 56 ke bawah yang akan diagihkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
![Bantuan Aidilfitri RM700 untuk peserta PKPP - MB Pahang Bantuan Aidilfitri RM700 untuk peserta PKPP - MB Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681373594_WanRosdy.jpg)
Bantuan Aidilfitri RM700 untuk peserta PKPP - MB Pahang
Seramai 886 peserta dari tujuh buah Rancangan Sosial Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM700 seorang bermula hari ini.
![Bantuan Aidilfitri, pelepasan cukai individu - Anwar umum 4 inisiatif tambahan Belanjawan 2023 Bantuan Aidilfitri, pelepasan cukai individu - Anwar umum 4 inisiatif tambahan Belanjawan 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680068118_AnwarIbrahim.jpg)
Bantuan Aidilfitri, pelepasan cukai individu - Anwar umum 4 inisiatif tambahan Belanjawan 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan empat inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023.
![Kelantan beri bantuan Aidilfitri RM700 kepada penjawat awam Kelantan beri bantuan Aidilfitri RM700 kepada penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679375605_MenteriBesarKelan.jpg)
Kelantan beri bantuan Aidilfitri RM700 kepada penjawat awam
Kelantan hari ini mengumumkan pemberian bantuan raya RM700 kepada penjawat awam dan lantikan politik di negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
![The Ramadan Project sasar kumpulan terpencil The Ramadan Project sasar kumpulan terpencil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71528299799_HappyBank.jpg)
The Ramadan Project sasar kumpulan terpencil
Inisiatif tersebut yang dipelopori kumpulan anak muda menerusi Happy Bank menyasarkan komuniti PPR Taman Medan pada tahun ini.