Hasrat 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk rakyat dari Selatan Filipina untuk menyamar sebagai warganegara Malaysia terbongkar selepas mereka ditahan dalam satu Operasi Terancang yang dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Port Dickson, awal pagi tadi.
Operasi selama empat jam bermula 1 pagi tadi yang dijalankan di Kampung Batu, Jalan Bagan Pinang serta Taman Port Dickson Utama, Port Dickson, dekat sini, turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kekuatan seramai 33 pegawai dan anggota.
Ketua Pengarah JPN Mohd Yazid Ramli berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan didapati memegang kad pengenalan palsu dan memiliki kad pengenalan orang lain.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, JPN telah menangkap seramai 10 orang berumur sekitar 20 hingga 49 tahun yang melakukan kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu iaitu sebanyak lapan kes, menggunakan kad pengenalan milik orang lain satu kes serta memiliki kad pengenalan milik orang lain tiga kes.
"Hasil siasatan ke atas mereka yang ditahan mendapati sembilan dari mereka mengaku berasal dari Basilan dan Zamboanga, Selatan Filipina serta berbangsa Tausug manakala seorang berasal dari Jawa Barat, Indonesia berbangsa Sunda... dalam operasi ini kita turut merampas lapan keping kad kemahiran pekerja binaan (CIDB) yang turut dipalsukan," katanya dalam kenyataan disini, hari ini.
Mohd Yazid berkata siasatan lanjut turut mendedahkan bahawa kesemua kad pengenalan yang digunakan telah dibeli dari agen di Sandakan dan Sipitang, Sabah dengan harga antara RM300 hingga RM500 untuk setiap satu.
"Dalam pemeriksaan itu, JPN berjaya mengesan kesalahan salah seorang yang selain menggunakan kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri, turut memiliki dua keping kad pengenalan milik orang lain yang disyaki digunakannya untuk bekerja di daerah ini," katanya.
Beliau berkata kesemua yang ditahan disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) dan 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih dari tiga tahun atau denda tidak lebih dari RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2016
JPN telah menangkap seramai 10 orang berumur sekitar 20 hingga 49 tahun yang melakukan kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu iaitu sebanyak lapan kes, menggunakan kad pengenalan milik orang lain satu kes. - Gambar fail
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.
MCMC, ATM jalin kerjasama tambah baik liputan jalur lebar 73 kem
MCMC dan ATM jalin kerjasama strategik bagi menambah baik liputan jalur lebar menerusi pembangunan infrastruktur gentian optik di 73 kem tentera seluruh negara.
Penduduk Perlis diingatkan bersiap sedia, air pasang besar cecah 3.7 meter dijangka berlaku
Penduduk di Perlis terutama bagi kawasan Kangar dan Arau diingatkan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan banjir besar.
ATM lakukan siasatan penuh kekecohan di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
PM Anwar ucap Selamat Hari ATM ke-91
Anwar menzahirkan penghargaan kepada wira negara atas jasa serta pengorbanan mereka melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.