KUCHING: Rakyat Sarawak diseru terus bersatu suara bagi meneruskan usaha mengembalikan hak negeri itu yang telah terhakis, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Katanya usaha sama itu penting dalam melaksanakan perkara-perkara yang belum terlaksana seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Saya yakin rakyat Sarawak juga akan memberi sokongan padu kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) agar suara Sarawak terus diberi perhatian sebaik mungkin di peringkat kebangsaan.
"Suara Sarawak di Parlimen harus lebih kuat daripada sedia ada supaya negeri ini terus dihormati sebagai kuasa yang menyumbang kepada kestabilan pentadbiran negara," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi GPS berkata demikian dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut esok.
Abang Johari juga memberi jaminan bahawa kerajaan negeri pimpinan beliau akan melakukan yang terdaya untuk menunaikan 34 perkara yang dijanjikan dalam Manifesto GPS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lepas.
Katanya matlamat utama GPS adalah untuk menjaga kebajikan rakyat serta membangunkan negeri ini sama ada di kawasan bandar dan luar bandar sehingga mampu mencapai status negeri maju dalam tempoh masa lapan tahun lagi.
Menurutnya kerajaan GPS juga telah membuktikan bahawa anak Sarawak sendiri mampu mengurus negeri ini dengan baik, khususnya ketika negeri berhadapan pandemik COVID-19.
"Kerajaan Sarawak telah menangani penularan COVID-19 dengan baik dan melaksanakan program pemberian vaksin dengan keberkesanannya meliputi orang dewasa dan juga kanak-kanak.
"Ekoran program vaksinasi yang agak menyeluruh, penularan COVID-19 di Sarawak mampu dikawal dengan baik jika dibanding dengan kawasan-kawasan lain," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 01 2022
![Rakyat Sarawak perlu bersatu suara kembalikan hak negeri - Abang Jo Rakyat Sarawak perlu bersatu suara kembalikan hak negeri - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647062969_AbangJohari.jpg)
Rakyat Sarawak diseru terus bersatu suara bagi meneruskan usaha mengembalikan hak negeri itu yang telah terhakis, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
STB Sabah mahu kembalikan kegemilangan Sandakan
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengambil tindakan segera dengan mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil rakyat dan pemain industri pelancongan Sandakan nagi mengembalikan populariti daerah itu dalam kalangan pelancong.
Astro ketengah elemen 'Heart to Heart' untuk Malaysia
Kempen Inilah KITA yang dilancarkan Astro sejak minggu lalu meraikan semangat kebersamaan serta makna sebagai rakyat Malaysia di bawah cerminan negara yang berbilang kaum dan majmuk sama seperti yang ada di Sabah dan Sarawak. Kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Holdings Berhad, Euan Smith, kebersatuan itu diraikan menerusi bakat penceritaan kakitangan Astro yang dinamik dan menyentuh hati.
Bahasa etnik medium hebahan Bulan Kebangsaan di Sabah
Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah Supian Musa berkata inisiatif itu bukan hanya bertujuan menyemarakkan sambutan, tetapi lebih utama mahu memastikan mesej disampaikan dalam bahasa mudah difahami supaya dapat dihayati semua lapisan masyarakat.
SUKMA 2024: Premier umum insentif untuk pemenang pingat Sarawak pada Jumaat
NIlai insentif yang menanti atlet Sarawak yang meraih pingat dalam temasya sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 dijangka diumum Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat.
![Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723720861_TBmerdeka.jpg)
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
![Sarawak rancang adakan kempen peraturan penggunaan dron - Lee Sarawak rancang adakan kempen peraturan penggunaan dron - Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723549222_TBLEEKIMSHIN.jpg)
Sarawak rancang adakan kempen peraturan penggunaan dron - Lee
Ia akan melibatkan kerjasama dengan PBT, pemimpin masyarakat dan saluran media untuk menyebarkan maklumat mengenai peraturan penggunaan dron.
![SUKMA: Terengganu terima tamparan awal, Sarawak langkah kiri di laman sendiri SUKMA: Terengganu terima tamparan awal, Sarawak langkah kiri di laman sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723499672_SUKMASarawak.jpg)
SUKMA: Terengganu terima tamparan awal, Sarawak langkah kiri di laman sendiri
Ketua pasukan Johor Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61.
![KPKM sokong projek pengeluaran kerbau di Sarawak KPKM sokong projek pengeluaran kerbau di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723193067_tbJelajahMAHA.jpg)
KPKM sokong projek pengeluaran kerbau di Sarawak
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyokong usaha kerajaan Sarawak dalam memajukan projek pengeluaran tenusu dan pedaging kerbau di kawasan Meragang, bahagian utara negeri itu.
![Peruntukan RM303 juta untuk kukuh fasiliti TDM di Sarawak Peruntukan RM303 juta untuk kukuh fasiliti TDM di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723105997_TBKhalidNordin.jpg)
Peruntukan RM303 juta untuk kukuh fasiliti TDM di Sarawak
Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM303 juta untuk memperkukuhkan fasiliti Tentera Darat Malaysia (TDM) di Sarawak.
![Sukma 2024: Upacara perasmian bakal tonjolkan keunikan budaya, identiti Sarawak Sukma 2024: Upacara perasmian bakal tonjolkan keunikan budaya, identiti Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723008373_SUKMA.jpg)
Sukma 2024: Upacara perasmian bakal tonjolkan keunikan budaya, identiti Sarawak
Upacara perasmian temasya Sukan Malaysia (Sukma 2024) pada 17 Ogos ini di Stadium Sarawak akan memaparkan keunikan budaya dan identiti bumi kenyalang yang beraneka ragam.
![Institusi pendidikan di Sarawak perlu seiring dengan agenda teknologi negeri Institusi pendidikan di Sarawak perlu seiring dengan agenda teknologi negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722924219_RolandSagahWeeInn.jpg)
Institusi pendidikan di Sarawak perlu seiring dengan agenda teknologi negeri
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn mahu Institusi pendidikan Sarawak seiring bidang teknologi yang sedang diterokai oleh wilayah itu.
![Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720601158_buaya.jpg)
Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya
Delegasi kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Australia untuk mengkaji kaedah sesuai bagi menguruskan populasi buaya.
![Tiga kawasan di Semenanjung, 8 di Sarawak catat cuaca panas tahap satu Tiga kawasan di Semenanjung, 8 di Sarawak catat cuaca panas tahap satu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721819641_tbbahangterikmatah.jpg)
Tiga kawasan di Semenanjung, 8 di Sarawak catat cuaca panas tahap satu
Setakat pagi Isnin, tiga kawasan di Semenanjung adalah Larut Matang di Perak, Kuala Muda di Kedah, serta Kuala Krai di Kelantan.
![Kerajaan cadang jadikan Sarawak hab aeroangkasa negara - Tengku Zafrul Kerajaan cadang jadikan Sarawak hab aeroangkasa negara - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721037960_tbTengkuZafrul.jpg)
Kerajaan cadang jadikan Sarawak hab aeroangkasa negara - Tengku Zafrul
Beliau berkata cadangan itu merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri Sarawak.
![SUKMA 2024: Bukan hanya kejuaraan, Sarawak juga mahu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa SUKMA 2024: Bukan hanya kejuaraan, Sarawak juga mahu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721613134_tbSUKMASarawak.jpg)
SUKMA 2024: Bukan hanya kejuaraan, Sarawak juga mahu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa
Edisi ke-21 SUKMA dapat menjadi kayu pengukur bagi menilai keupayaan Sarawak untuk menjadi tuan rumah acara di peringkat lebih tinggi khususnya selepas menawarkan diri menjadi hos bersama Sukan SEA.