Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini adalah satu lagi usaha berterusan kerajaan untuk mencari sumber tenaga yang boleh diperbaharui selain gas, hidroelektrik dan solar.
Beliau berkata Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama para pegawainya telah diminta menjalankan kajian kemungkinan itu.
"Mungkin Sarawak mempunyai sumber baharu daripada tenaga hijau ini, mudah-mudahan mereka berjaya membuat penerokaan tenaga yang baharu ini," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun ke-85 Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak di sini malam tadi.
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, menjadi tetamu kehormat majlis itu.
-- BERNAMA