Ketua Penyelaras Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor menyeru agar rakyat di Sabah menjadi benteng bagi menolak sebarang tindakan atau pendekatan yang membawa unsur politik perkauman ekstrem di negeri ini.
Beliau berkata sejak sekian lama Sabah diiktiraf sebagai model keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia dan kemajmukan masyarakat Sabah dengan lebih 30 kumpulan etnik dan 50 bahasa tidak pernah menjadi penghalang untuk hidup bersama dengan aman dan damai.
"Keunikan dan keistimewaan ini perlu dipelihara dan dihargai oleh setiap rakyat di Sabah. Selain mengekalkan amalan saling mengiktiraf, menerima dan menghormati di antara satu kaum dengan kaum yang lain, masyarakat Sabah perlu sentiasa mengamalkan pendekatan kesederhanaan (moderate) dan mengelakkan ekstremisme, termasuk dalam gerakan politik.
"Perbezaan politik tidak seharusnya menjadi punca kita tidak boleh hidup bermasyarakat dan berpecah belah. Perkara malang ini boleh berlaku sekiranya kita membenarkan politik perkauman ekstrem membiak dan menjadi penyakit di Sabah," katanya ketika berucap pada majlis jelajah Bersatu di bahagian Kimanis dekat sini, pada Ahad.
Beliau berkata terdapat pihak di luar Sabah yang cenderung mengapi-apikan politik perkauman yang melampau dan ia perlu dijauhi.
"Faktor kaum dijadikan modal politik untuk membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat dan sekali gus mengharapkan pulangan dalam bentuk sokongan politik. Sememangnya tidak ada salahnya untuk memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing sebagaimana Bersatu menjadi wadah untuk kaum pribumi.
"Namun yang merisaukan apabila setiap perkara dijadikan isu politik perkauman. Lebih dahsyat lagi wujud kecenderungan untuk sengaja mencipta isu perkauman yang boleh menggugat perpaduan rakyat dan menanam kebencian di antara kaum yang berbeza," katanya.
Pada majlis itu, Hajiji turut menerima 700 borang keahlian baharu bagi Bersatu Bahagian Kimanis.
"Bersatu hanya kira-kira lima bulan bertapak di Sabah, namun penerimaan rakyat sangat menggalakkan dan kita yakin bersatu akan menjadi kuat dan menjadi parti dominan di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 08 2019

Pengerusi Bersatu Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor (depan empat, kanan) bersama bersama penduduk Membakut dan Kimanis pada Ahad. Foto: Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.

Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.

Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.

PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.

Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.