KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengingatkan para pemimpin supaya tidak menghampakan harapan rakyat dengan mengulangi kesilapan mereka yang terdahulu terutama perlakuan rasuah.
Baginda bertitah, rakyat sudah terlalu lemas dan jijik melihat perlakuan rasuah yang merupakan barah dan menjadi punca kepada berlakunya keruntuhan moral, penindasan, kezaliman, pencemaran, bencana alam, pengangguran dan kemiskinan.
"Generasi muda merupakan mangsa yang telah digelapkan masa hadapan mereka kerana perbuatan pemimpin yang rasuah.
"Amalan-amalan perolehan yang mencetuskan banyak tanda tanya, dan skandal-skandal kewangan yang dilapor berlaku, telah mencontengkan arang di wajah negara; keaibannya ditanggung dengan harga yang mahal oleh setiap warga yang berurusan dengan negara luar. Baca, tafsir, fahami dan hadam suara rakyat yang disampaikan melalui kertas undi," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini.
Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Titah baginda, rakyat juga mengimpikan pemerintahan adil dan saksama, berlandaskan undang-undang yang dikuatkuasakan tidak secara selektif, badan kehakiman berintegriti, dikendalikan oleh barisan hakim yang tidak memihak, tidak gentar, serta bebas daripada campur tangan politik.
"Demi menjamin rakyat dapat hidup dalam suasana rukun lagi harmoni, dalam hasrat membina sebuah negara yang stabil lagi aman, dalam usaha membangunkan sebuah negara yang makmur lagi sejahtera, para pemimpin perlu membaca mesej rakyat secara tepat.
"Setelah 65 tahun mencapai kemerdekaan dan setelah 15 kali pilihan raya umum diadakan, rakyat kini menuntut kepada menu baharu dan resipi baharu, dalam persekitaran politik yang baharu. Rakyat yang semakin celik huruf, mengutamakan faktor-faktor integriti, amanah dan ketelusan," titah baginda.
Titah baginda lagi, rakyat kini semakin lantang mendedahkan isu rasuah, gigih menolak pemimpin berimej rasuah dan menggunakan jawatan untuk kepentingan diri, atau pemimpin yang mengumpul kekayaan untuk ahli keluarga serta pemimpin yang menjadi instrumen kepada ahli perniagaan.
Sultan Nazrin bertitah, rakyat juga mengimpikan sebuah kerajaan yang berani dan tegas menunjukkan kesungguhan memerangi rasuah, pengagihan kekayaan lebih saksama, peluang pekerjaan lebih terjamin, taraf hidup lebih baik, tadbir urus lebih telus dan pemimpin yang lebih amanah.
Selain itu, titah baginda, rakyat mengimpikan perkhidmatan sosial penting seperti kemudahan pendidikan yang dapat membangunkan potensi insan serta kemudahan kesihatan yang mudah diakses.
Begitu juga kemudahan pengangkutan awam yang meringankan perbelanjaan serta program perumahan mampu milik dilengkapi dengan kemudahan rekreasi dan sosial.
"Rakyat mengimpikan sebuah negara yang bebas daripada kekacauan dan persengketaan agar warganya hidup dalam harmoni, saling menghormati, saling bekerjasama tanpa dipisahkan oleh tembok prejudis agama dan prasangka kaum," titah baginda.
Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama diketuai Mej Muhammad Fariq Zainul Abidin dan dipimpin Kol Abdul Rahim Hamzah terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen yang berpangkalan di Kem Sangro Taiping.
Kawalan Kehormatan Utama diiringi pancaragam daripada Brassband KD Pelanduk yang berpangkalan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Istiadat Kawalan Kerhormatan di Istana Iskandariah hari ini. - Gambar BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Hospital UTAR di Kampar
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampar.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara Hasil LHDN Teluk Intan
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Menara Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Teluk Intan.

Sultan Nazrin lancar buku berkaitan sejarah PDRM pertahan keamanan negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan melancarkan buku yang memaparkan sejarah dan pencapaian Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sultan Nazrin berkenan rasmi Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah.

Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.

“Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin
Dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks.

Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.

Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses.

Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin
Apabila agama dan kaum dijadikan 'mata wang yang sah' untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan semakin dicetuskan, titah Sultan Nazrin.