SIAPA sangka wabak COVID-19 yang dulunya hanya menyerang China sudah menjadi trauma di seluruh dunia.
Ketika China ‘berperang’ menghapuskan wabak itu, negara lain terutamanya di Barat seolah-olah mengambil enteng untuk menyekat penularannya.
Kini, kes di Amerika Syarikat sendiri telah mencecah seramai 100,000 orang dengan mencatatkan kematian lebih dari 1 ribu orang.
Itali pula mencatat lebih dari 9000 kematian.
Seluruh dunia sedang ‘berperang’ menghapuskan wabak itu.
Kesannya, sudah pasti berlaku kemelesetan ekonomi secara global.
Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) meramalkan pertumbuhan KDNK global akan menurun dari 2.9 peratus kepada 2.4 peratus tahun ini.
Malah, Bloomberg memberikan amaran bahawa pertumbuhan KDNK tahun ini boleh jatuh ke sifar berdasarkan senario pandemik yang paling teruk.
Ketidaktentuan dasar monetari Amerika Syarikat, kesan pertumbuhan ekonomi China yang lebih perlahan serta ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China sebelum ini telah menambah rencam yang memberikan kesan kepada ekonomi dunia seterusnya kepada ekonomi negara.
Senario pandemik yang paling teruk ini sebenarnya menjejaskan aktiviti ekonomi.
Sektor perindustrian dan pembinaan terpaksa diberhentikan, aktiviti eksport dan import terpaksa ditangguhkan dan sudah pasti nilai pelaburan tidak memberangsangkan.
Jika kita imbas, pertumbuhan ekonomi sebelum ini telah disokong oleh pertumbuhan domestik terutamanya permintaan sektor swasta yang kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Asas ekonomi yang kukuh ini membolehkan Malaysia terus berdaya tahan walaupun ekonomi global tidak menentu.
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan baru-baru ini merupakan salah satu kaedah bagi merangsang ekonomi tempatan.
Ia yang dikenali sebagai Dasar Pengembangan Fiskal yang bertujuan meningkatkan aliran tunai di pasaran melalui menjanaan ekonomi setempat.
Bantuan secara tunai kepada rakyat adalah usaha meningkatkan kuasa beli pengguna agar permintaan barang dan perkhidmatan meningkat berterusan.
Saat ini pihak kerajaan memerlukan aktiviti ekonomi tempatan yang berterusan agar tidak lumpuh.
PERNIAGAAN ATAS TALIAN PERLU KREATIF
Bagi menyokong usaha kerajaan menggalakkan orang ramai berbelanja, seharusnya industri seperti perniagaan atas talian perlu lebih kreatif untuk menyokong inisiatif tersebut.
Situasi semasa yang memerlukan rakyat untuk terus berada di rumah bagi mengurangkan interaksi sosial dan tidak melakukan aktiviti di luar, seharusnya peluang ini harus disahut oleh mereka yang menjalankan perniagaan atas talian.
Inilah masa yang sesuai untuk mengembangkan perniagaan ketika hampir kebanyakan rakyat Malaysia berada di rumah.
Bukan sahaja pemberian diskaun ataupun penghantaran secara percuma tetapi juga kepelbagaian penawaran barangan dan perkhidmatan boleh juga diperkenalkan.
Jika dulu nak dapatkan ikan kembung, ikan selar atau sayur-sayuran perlu ke pasar, masa kan tidak waktu sekarang boleh dapatkannya menerusi pembelian atas talian.
Tidak mustahil!
Jika kita merupakan peniaga restoran ataupun kedai makan, boleh saje menggunakan aplikasi atas talian untuk mendapatkan pesanan pelanggan.
Sudah pasti ada pelanggan, yang penting perlu kreatif.
PENJAWAT AWAM JUGA BOLEH MEMBANTU
Golongan penjawat awam mungkin antara golongan tidak terjejas akibat penularan wabak ini dari segi pendapatan.
Namun, itu tidak bermakna mereka tidak boleh menyumbang.
Pendapatan mereka secara asasnya konsisten walaupun berlaku ketidaktentuan ekonomi negara atau global.
Tawaran moratorium bayaran balik pinjaman boleh dimanfaatkan oleh golongan penjawat awam untuk merangsang ekonomi tempatan.
Kebijaksanaan majikan untuk membolehkan tawaran ini diperolehi oleh para peminjam perlulah ada kerana kebanyakan penjawat awam memotong pinjaman mereka menerusi slip gaji yang diuruskan oleh majikan.
Siapa lagi yang perlu bantu kerajaan selain daripada golongan penjawab awam.
Rakyat harus bijak.
Inilah waktu yang sesuai untuk berbelanja kerana sudah pasti banyak tawaran dan perkhidmatan yang menarik diberikan. Berbelanjalah pada waktu yang sesuai.
Inilah masanya!
* Ts Dr Mohd Fahmy Abdullah ialah Penyelidik Utama ICoE-Rel dan merupakan teknologis profesional di dalam bidang pengangkutan dan logistik dari Malaysian Board of Technologist (MBOT)
** Pandangan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Ts Dr Mohd Fahmy Abdullah
Sat Mar 28 2020

Cerita Mak Cik Kiah terus trending dan jadi bahan bualan ramai
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Mempercepat vaksinasi melalui khidmat pengangkutan awam bergerak
Khidmat pengangkutan awam bergerak merupakan salah satu inisiatif dan langkah tepat untuk mempercepatkan pemberian vaksin.

Rakyat digalak berbelanja bagi merangsang ekonomi tempatan
Senario pandemik yang paling teruk ini sebenarnya menjejaskan aktiviti ekonomi.

Sistem pengurusan trafik pintar kaedah terbaik penyelesaian 'jalan maut' Ayer Hitam-Batu Pahat
Keadaan struktur jalan raya yang lurus, besar dan panjang sekarang adalah berbahaya kerana pemandu cenderung untuk memecut.

Sahut cabaran Earth Hour luar daripada kebiasaan
Walaupun hanya mengambil masa selama satu jam, namun ia menunjukkan lambang dan komitmen untuk menyelamatkan bumi.

Mempraktikkan Garis Panduan Bus Rapid Transit (BRT) sebenar
Syarat utama yang harus ada adalah tahap ketersediaan, keselamatan dan piawaian yang tinggi perlu dipenuhi.

Usah dipandang sepi kelebihan Bus Rapid Transit
Apabila sistem BRT dilaksanakan, maka wujud kemunculan bas-bas yang baharu.

Bandar rendah karbon: Komuniti Bandar Penggaram berjiwa besar
Kesedaran untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon dioksida menjadi matlamat jangka panjang masyarakat setempat.

Sudahkah kita bersedia dengan High Speed Rail?
Bagi setiap pembangunan dan pelaksanaan projek bertaraf mega, segala aspek perlu diambil kira, bukan sahaja kedudukan kewangan semasa, tetapi juga kesan dan impak menyeluruh kepada ekosistem negara.