KOTA BHARU: Klip audio bunyi seekor harimau mengaum di Gua Musang yang tular sejak Jumaat adalah video lama.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, siasatan dijalankan selepas menerima perkongsian itu dan mendapati ia video lama yang kembali ditularkan.
"Saya berharap orang ramai tidak menularkan video lama atau tidak sahih berkait dengan harimau.
"Kita tidak mahu penduduk di kawasan terlibat menjadi panik dengan situasi tersebut," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Pada Jumaat tular satu video berdurasi 20 saat yang memaparkan seekor harimau sedang mengaum.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, enam kes termasuk lima kematian akibat serangan harimau direkodkan berlaku di Gua Musang dalam tempoh dua tahun bermula Julai 2021.
Jumlah itu termasuk kes terbaharu melibatkan seorang pekerja ladang getah warga Indonesia yang ditemukan maut pada Rabu.
Kes serangan bermula pada 5 Julai 2021 di Kampung Sau, Pos Bihai melibatkan kecederaan parah seorang lelaki Orang Asli dan harimau belang betina yang menyerang mangsa berjaya ditangkap serta ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak.
Pada 7 Januari 2022, di kampung sama seorang lelaki Orang Asli maut dibaham harimau belang dan binatang itu terpaksa ditembak kemudiannya selepas cuba menyerang anggota Perhilitan semasa operasi.
Tanggal 5 Oktober 2023 di Pos Pasik melibatkan kematian seorang lelaki Orang Asli dan kes seterusnya membabitkan seorang lagi pekerja ladang warga Indonesia, Lalu Sukarya Yahya, 42, maut dibaham harimau di kawasan ladang kebun getah di Kuala Wok, Pos Pasik pada 10 November lalu.
Selang sehari selepas itu, buruh ladang warga Myanmar, Ahka Soe Ya, 22, maut selepas diserang binatang buas itu ketika menoreh getah di Ladang Meranto pada 12 November lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 02 2023
Perhilitan Kelantan mengesahkan bunyi seekor harimau mengaum di Gua Musang yang tular sejak Jumaat adalah video lama. - Gambar/ Sinar Harian
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
Enam ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau belang
Seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang.
Rakaman bunyi harimau mengaum di Gua Musang video lama - Perhilitan
Klip audio bunyi seekor harimau mengaum di Gua Musang yang tular sejak Jumaat adalah video lama.
Penduduk kampung di Gua Musang dakwa dengar ngauman harimau
Penduduk di Kampung Batu Papan yang terletak kira-kira dua kilometer (km) dari pusat bandar mendakwa mendengar ngauman harimau pada Selasa.
Penunggang motosikal cedera rempuh harimau belang di Gua Musang
Seorang pemuda mengalami kecederaan di muka dan kaki selepas dipercayai merempuh seekor harimau belang ketika menunggang motosikal di Jalan Gua Musang-Jeli malam tadi.
Ancaman harimau: Sekolah ditutup, Orang Asli Gua Musang minta kawalan keselamatan ditingkat
Kira-kira 2,000 penduduk di Pos Bihai dan Pos Balar merayu supaya kawalan keselamatan di kawasan tersebut ditingkatkan.