GUA MUSANG: Kira-kira 2,000 penduduk di Pos Bihai dan Pos Balar di sini merayu supaya kawalan keselamatan di kawasan tersebut ditingkatkan berikutan ancaman harimau sejak beberapa hari lepas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata maklum balas itu diterima hasil beberapa siri perjumpaan yang diadakan bersama penduduk di Tendrik, Bihai Lama dan Peyel bagi mendengar keluhan, kerisauan dan permintaan mereka.
"Sebelum ini, kami mengadakan kawalan bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan dengan memasang tiga perangkap, namun harimau yang berkeliaran tidak masuk ke dalam jerat itu.
"Disebabkan hal itu, selepas mesyuarat yang diadakan 4 Jan lepas keputusan telah dibuat dengan kaedah tangkapan perlu ditukar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
BACA: Lelaki maut dibaham harimau di Gua Musang
BACA: Harimau belang: Perhilitan kawal perkampungan Orang Asli Pos Bihai
Mengulas lanjut, Mohd Syahbuddin berkata buat sementara waktu beliau memohon sekiranya tiada keperluan, penduduk kampung tidak keluar dari rumah masing-masing terutama di kawasan harimau berkeliaran di Pos Bihai dan Pos Balar.
Mohd Syahbuddin berkata bagi tujuan keselamatan, Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai dan SK Balar juga ditutup bagi mengelak pelajar bertembung dengan harimau yang dipercayai masih berkeliaran di kawasan tersebut.
"Bagi membantu penduduk yang terkesan dengan situasi semasa, bantuan makanan telah dihulurkan sejak 16 Dis lepas apabila penduduk dipindahkan dari Kampung Remau ke Kampung Tendrik," katanya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata pihaknya percaya harimau belang yang kini berkeliaran di kawasan penempatan Orang Asli di Pos Bihai kemungkinan dijangkiti Virus Canine Distemper (CDV).
Menurutnya, ia disebabkan hasil pemerhatian pasukannya yang menjejaki harimau belang berkenaan mendapati beberapa sampel najis mamalia itu positif virus berkenaan.
Beliau berkata bagaimanapun, tidak diketahui sama ada najis yang positif virus itu berasal daripada tiga ekor harimau belang yang sedang dijejaki atau daripada kumpulan harimau lain yang telah dijangkiti penyakit itu.
"Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) harimau itu kemungkinan terkena jangkitan daripada haiwan domestik seperti anjing dan kucing.
"Sekiranya dijangkiti virus itu, harimau akan berubah kelakuan termasuk tidak takut dengan manusia, bingung dan berubah sifat pemangsanya sehingga menjejaskan tahap kesihatan haiwan liar tersebut," katanya.
Mohamad Hafid berkata kes harimau di Pos Bihai itu kemungkinan sama seperti kes harimau belang yang pernah ditangkap oleh Jabatan Perhilitan Terengganu pada 2019.
"Pihak kami akan terus menjejaki harimau yang sakit itu untuk dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 12 2022
![Ancaman harimau: Sekolah ditutup, Orang Asli Gua Musang minta kawalan keselamatan ditingkat Ancaman harimau: Sekolah ditutup, Orang Asli Gua Musang minta kawalan keselamatan ditingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641984990_TBHarimauMalaya.jpg)
Sekiranya tiada keperluan, penduduk kampung diminta tidak keluar dari rumah masing-masing terutama di kawasan harimau berkeliaran di Pos Bihai dan Pos Balar. - Gambar fail/ Najmuddin Mohd Faudzir
![Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718249777_KesZaynRayyan.jpg)
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
![Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721222558_abdullahsaidol.jpg)
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.
![Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
![Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov
Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 Nov ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
![Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692615151_gold.jpg)
Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
![Enam ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau belang Enam ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau belang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713612806_Enamekorlembumati.jpg)
Enam ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau belang
Seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang.
![Rakaman bunyi harimau mengaum di Gua Musang video lama - Perhilitan Rakaman bunyi harimau mengaum di Gua Musang video lama - Perhilitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701492309_harimau.jpg)
Rakaman bunyi harimau mengaum di Gua Musang video lama - Perhilitan
Klip audio bunyi seekor harimau mengaum di Gua Musang yang tular sejak Jumaat adalah video lama.
![Penduduk kampung di Gua Musang dakwa dengar ngauman harimau Penduduk kampung di Gua Musang dakwa dengar ngauman harimau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701330677_TBTapakHarimauj.jpg)
Penduduk kampung di Gua Musang dakwa dengar ngauman harimau
Penduduk di Kampung Batu Papan yang terletak kira-kira dua kilometer (km) dari pusat bandar mendakwa mendengar ngauman harimau pada Selasa.
![Penunggang motosikal cedera rempuh harimau belang di Gua Musang Penunggang motosikal cedera rempuh harimau belang di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699947797_PakBelang.jpg)
Penunggang motosikal cedera rempuh harimau belang di Gua Musang
Seorang pemuda mengalami kecederaan di muka dan kaki selepas dipercayai merempuh seekor harimau belang ketika menunggang motosikal di Jalan Gua Musang-Jeli malam tadi.
![Ancaman harimau: Sekolah ditutup, Orang Asli Gua Musang minta kawalan keselamatan ditingkat Ancaman harimau: Sekolah ditutup, Orang Asli Gua Musang minta kawalan keselamatan ditingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641984990_TBHarimauMalaya.jpg)
Ancaman harimau: Sekolah ditutup, Orang Asli Gua Musang minta kawalan keselamatan ditingkat
Kira-kira 2,000 penduduk di Pos Bihai dan Pos Balar merayu supaya kawalan keselamatan di kawasan tersebut ditingkatkan.