HULU TERENGGANU: Seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang.
Abd Muien Shafie, 41, berkata, dia menemukan bangkai haiwan tersebut sekitar jam 10 pagi dalam kejadian di Kampung Kemat, di sini pada Sabtu.
Menurutnya, ternakannya itu sebelum ini diletakkan di kawasan berpagar elektrik dalam kebun seluas empat hektar di kampung berkenaan dan akan dikawal secara berkala pada setiap hari.
"Pagi ni (Sabtu) macam biasa saya akan ke kebun untuk periksa lapan ekor lembu yang diternak. Saya berasa tak sedap hati sebab hanya nampak dua ekor lembu dan ia seolah-olah takutkan sesuatu.
"Saya pusing dalam kebun macam ada terhidu bau bangkai tapi tak jumpa datang dari mana. Saya kemudian balik ke rumah dan pergi semula ke kebun dalam tengah hari.
"Masa tu barulah jumpa satu demi satu bangkai lembu yang mati," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Sabtu.
Abd Muien berkata, selepas menemukan bangkai tersebut, dia telah meletupkan mercun di dalam kebun berkenaan dan terdengar bunyi ngauman harimau di kawasan itu.
"Saya yakin lembu ini mati dibaham harimau sebab selain menjumpai kesan tapak kaki, saya sendiri dengar dengan jelas bunyi ngauman harimau selepas meletupkan mercun dalam kawasan kebun.
"Sebelum ini pun dah ada penduduk yang nampak tiga ekor harimau belang, seekor anak dua lagi harimau betina dan jantan dewasa dalam kampung ini, "ujarnya.
Menurutnya, kebanyakan bangkai lembu itu dijumpai dalam keadaan tidak lengkap, namun ada sebahagian daripadanya masih sempurna dengan hanya terdapat kesan gigitan pada bahagian leher dan anggota badan lain.
"Ada yang kena baham di bahagian punggung, kena makan separuh badan, kena gigit bahagian kepala, leher dan beberapa kesan gigitan pada bahagian yang lain.
"Kalau tengok pada kecederaan lembu-lembu ini nampak macam harimau tu cuba ajar anaknya memburu sebab kalau kata ia benar-benar lapar sudah tentu lembu-lembu ini hanya tinggal rangka," ujarnya.
Difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama berlaku malah dianggarkan sebanyak 20 ekor lembu peliharaan penduduk di kampung berkenaan telah mati akibat dibaham harimau.
"Sebelum lembu saya mati, ada dua kes melibatkan haiwan ternakan yang sama berlaku sebelum bulan puasa dan ketika bulan puasa baru-baru ini.
"Beberapa aduan telah dibuat namun setakat ini belum ada tindakan berkesan yang diambil oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Ada anggota Perhilitan yang datang membuat pemantauan tetapi kita lihat belum ada kesan positif lagi," katanya.
Abd Muien memberitahu, kes serangan haiwan buas terhadap ternakan penduduk dipercayai berlaku selepas aktiviti pembalakan giat dijalankan di kampung berkenaan.
"Sebelum ada aktiviti pembalakan di kampung ini, tak ada sangat kejadian haiwan liar di kampung ini. Kita dapati haiwan-haiwan ini muncul selepas berlaku pembalakan di kawasan-kawasan hutan yang menjadi habitatnya.
"Hari ini pun ada penduduk kampung ini yang terserempak dengan dua ekor gajah (ibu dan anak) ketika mahu ke kebun. Kami penduduk di sini yakin haiwan-haiwan ini muncul dalam kawasan penempatan penduduk kerana tempat tinggal mereka telah diganggu," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 20 2024
Lembu peliharaan Abd Muien yang dijumpai mati dengan kesan gigitan pada bahagian leher. Gambar kecil: Terdapat kesan tapak kaki dipercayai harimau dalam kawasan kebun terbabit.
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Harimau belang baham dua lelaki masuk perangkap
Beliau tidak menolak harimau ditangkap itu haiwan sama yang menyerang kedua-dua mangsa kerana jarak lokasi dua kejadian hanya kira-kira 4km.
Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak
Inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.