PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II di Pejabat Peguam Negara Datuk Raja Rozela Raja Toran adalah antara sembilan individu yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.
Raja Rozela, 58, dan lapan yang lain menerima surat cara pelantikan masing-masing daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini.
Sebelum ini, Raja Rozela mengetuai pendakwaan dalam dua kes rasuah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana milik Yayasan Alkalbudi dan sistem Visa Luar Negara.
Beliau telah bersara awal pada bulan Oktober lepas. Jawatan terakhir yang disandang beliau ialah Pengarah Unit Litigasi Khas di Jabatan Peguam Negara.
Turut dilantik Arziah Mohamed Apandi, 48, yang juga anak bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Tujuh individu lain ialah Datuk Hazizah Kassim, 51, Kan Weng Hin, 61, Mohd Rosli Bin Yusoff, 51, Tuan Gan Techiong, 58, Suriyati Hasimah Mohd Hashim, 51, Maslinda @ Linda Mohd Ainal, 49, dan Saiful Azian Mokhtar, 51.
Rozela, Arziah dan lima yang lain mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Maslinda dan Saiful Azian pula mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli.
Majlis penyampaian surat cara pelantikan serta mengangkat sumpah jawatan dan taat setia itu berlangsung di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman hari ini.
Turut hadir Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Salleh dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
![Raja Rozela antara 9 individu dilantik Pesuruhjaya Kehakiman Raja Rozela antara 9 individu dilantik Pesuruhjaya Kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702033561_RajaRozela.jpg)
Tengku Maimun (duduk dua, kiri) bergambar kenangan bersama Pesuruhjaya Kehakiman yang baharu pada Majlis Penyampaian Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Pesuruhjaya Kehakiman hari ini. - Gambar/ Bernama
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Raja Rozela antara 9 individu dilantik Pesuruhjaya Kehakiman Raja Rozela antara 9 individu dilantik Pesuruhjaya Kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702033561_RajaRozela.jpg)
Raja Rozela antara 9 individu dilantik Pesuruhjaya Kehakiman
Bekas Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II di Pejabat Peguam Negara Datuk Raja Rozela Raja Toran adalah antara sembilan individu yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.
![Ahmad Zahid ditegur pendakwaan, jangan anggap mahkamah seperti 'kedai kopi' Ahmad Zahid ditegur pendakwaan, jangan anggap mahkamah seperti 'kedai kopi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652875504_ZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid ditegur pendakwaan, jangan anggap mahkamah seperti 'kedai kopi'
Pihak pendakwaan menegur Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menjadikan mahkamah seperti 'kedai kopi' atau mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semasa menjawab soalan.
![Zahid tahu tentang penyelewengan dana Yayasan Akalbudi sejak 2014 - Pendakwaan Zahid tahu tentang penyelewengan dana Yayasan Akalbudi sejak 2014 - Pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634562034_DatukSeriDrAhmad.jpg)
Zahid tahu tentang penyelewengan dana Yayasan Akalbudi sejak 2014 - Pendakwaan
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya mengetahui tentang penyelewengan dana Yayasan Akalbudi (YAB) sejak 2014.
![Zahid adalah 'bos' yang mempunyai kuasa, kawalan penuh ke atas Yayasan Akalbudi - Pendakwaan Zahid adalah 'bos' yang mempunyai kuasa, kawalan penuh ke atas Yayasan Akalbudi - Pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633960391_ZahidHamidi.jpg)
Zahid adalah 'bos' yang mempunyai kuasa, kawalan penuh ke atas Yayasan Akalbudi - Pendakwaan
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah 'bos' yang mempunyai kuasa serta kawalan penuh ke atas aset Yayasan Akalbudi (YAB).
![Zahid tiada hak tuntut kekebalan daripada pendakwaan - Timbalan Pendakwa Raya Zahid tiada hak tuntut kekebalan daripada pendakwaan - Timbalan Pendakwa Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632313067_ZahidHamidi.jpg)
Zahid tiada hak tuntut kekebalan daripada pendakwaan - Timbalan Pendakwa Raya
Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak kebal daripada didakwa hanya kerana mendedahkan maklumat transaksi berkaitan yayasan kebajikan, Yayasan Akalbudi.