KUALA LUMPUR :Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berdoa semoga Allah memberkati kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan serta melindungi negara daripada ancaman individu yang tamak dan gila kuasa demi kepentingan peribadi.

Mengulas mengenai situasi politik negara, Tunku Ismail berkata, kepentingan sistem beraja terbukti dengan Raja-Raja Melayu berfungsi memainkan peranan semak dan imbang dalam pentadbiran.

"Situasi sekarang adalah petunjuk jelas yang menunjukkan apa akan berlaku apabila kuasa mentadbir diberikan sepenuhnya kepada ahli politik.


 
Sumber Facebook hrhcrownprinceofjohor

"Dalam situasi hari ini apa yang paling penting adalah kebajikan rakyat harus sentiasa diutamakan dan pemulihan ekonomi dapat terus bergerak dengan lancar," kata Tunku Ismail dalam satu hantaran di Facebook di sini, pada Ahad.

BACA: LAPOR LANGSUNG: Pertemuan Agong, Raja-Raja Melayu

BACA: Rundingan dengan Raja-Raja Melayu gambarkan ketelitian Agong

Raja-Raja Melayu dilaporkan mula bersidang bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah setelah kenderaan rasmi yang membawa Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara, kira-kira pukul 2.30 petang Ahad .

Pertemuan khas bersama Al-Sultan Abdullah itu adalah bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.

Ia susulan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada Jumaat.