Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan Festival Busana Tradisional Kreatif Kuala Lumpur 2019.
Hadir bersama anakandanya, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah kira-kira pukul 2.45 petang, ketibaan Tunku Azizah di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) disambut dengan alunan muzik tradisional gamelan.
Baginda memasuki Dewan dengan diiringi isteri Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datin Rabithah Zakariah, dan disajikan dengan persembahan tarian 'selamat datang' oleh artis budaya DBKL.
Tunku Azizah kemudiannya berkenan merasmikan festival itu dengan meletakan tangan baginda ke atas skrin sebagai gimik pelancaran.
"Sebagai seorang yang memartabatkan warisan tradisional, sudah tentu saya akan hadir (ke festival ini) kerana begitu minat dengan kraf dan warisan," titah baginda ketika merasmikan festival berkenaan.
Tunku Azizah juga berkenan menerima persembahan tengkolok berwarna hitam bertekad benang emas yang direka khas sebagai tanda menjunjung kasih di atas kehadiran baginda ke majlis hari ini.
Terdahulu, Rabithah menyampaikan sembah ucapan menjunjung kasih mengalu alukan kehadiran baginda.
Selepas menyaksikan peragaan busana selama 30 minit, Tunku Azizah kemudiannya berkenan mencemar duli selama hampir setengah jam melawat ruang-ruang pameran yang memaparkan rekaan-rekaan hasil batik, songket serta hiasan tradisional, sebelum berangkat pulang.
Festival hari ini merupakan satu pertandingan fesyen yang berpaksikan kepada pakaian busana tradisional Malaysia dengan antaranya bertujuan untuk mengangkat, memartabatkan serta mengekalkan keunikan tradisi busana yang pelbagai dan unik.
Festival yang dicetuskan penganjurannya pada tahun 2017 itu dianjurkan bersama pereka fesyen Dwen Raha, bersempena Program Bulan Rekabentuk Kuala Lumpur 2019 (KUL Design Month 2019) untuk edisi tahun ini, dan acaranya dimeriahkan dengan kehadiran pereka tersohor dan ikon dalam bidang peragaan fesyen seperti Hatta Dolmat, Man Kajang, Shanell Harun, Shazreeyana Syukri dan Sanjeda John.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 19 2019

Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat tiba pada Majlis Perasmian Festival Busana Tradisional Kreatif Kuala Lumpur pada Sabtu. - Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.

Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.

Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.

DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.

Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam
SPRM serah kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.