IPOH: Masyarakat Tionghoa semestinya mengadakan jamuan makan besar sempena perayaan Tahun Baharu Cina hari ini namun bagi mangsa ribut dan puting beliung di beberapa kawasan di sini, tiada acara itu buat mereka tahun ini.
Tradisi yang kaya dengan nilai simboliknya itu terpaksa dilupakan mereka memandangkan rumah masing-masing rosak teruk malah ada bumbung diterbangkan angin kuat dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam.
Lebih menyedihkan apabila ada antara mereka terpaksa berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Tawas di sini manakala sebahagiannya menumpang di rumah saudara-mara.
Ten Chee Kin, 45, yang bekerja di Kuala Lumpur berkata beliau pulang ke rumahnya di Kampung Tawas untuk menyambut perayaan itu namun kini tiada semangat untuk meraikannya.
BACA: Persiapan Tahun Baharu Cina musnah, ratusan rumah rosak akibat puting beliung di Ipoh
"Bumbung sudah habis rosak dan banyak perlu dibaiki, jadi saya tidak mahu sambut Tahun Baharu Cina atau makan besar tetapi hanya mahu melihat rumah sahaja," katanya yang ditemui di PPS berkenaan hari ini.
Lee Cheng Man, 23, pula berkata beliau dan ibunya, Cheah Kim, 58, berteduh di sebuah gereja berhampiran sementara menunggu rumah mereka yang sudah didiami selama 20 tahun selesai dibaik pulih.
BACA: Rumah rosak, pokok tumbang akibat 'puting beliung' di Ipoh
"Tiada makan besar hari ini malah semua perancangan sempena Tahun Baharu Cina telah musnah kerana sepatutnya rumah ini menjadi tempat berkumpul bersama saudara-mara seperti biasa sebelum ini.
"Yang penting, nyawa saya dan ibu selamat kerana ketika kejadian satu bumbung pun sudah tiada dan papan rumah juga musnah," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Tawas di sini hari ini.
Pelajar Universiti Malaysia Perlis itu berkata pelbagai peralatan termasuk komputer miliknya turut rosak namun dia reda dengan kejadian itu yang disifatkan sebagai malang tidak berbau kerana berlaku secara tiba-tiba.
Sebanyak 219 rumah di beberapa kawasan iaitu Taman Desa Seri Chepor, Kampung Tawas, Taman Tasek Damai dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya di sini didapati terkesan dengan kejadian ribut dan puting beliung itu.
Selain kerosakan rumah penduduk dan tiang elektrik, kejadian turut menyebakan beberapa pokok tumbang namun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.
Kejadian menyebabkan penduduk Kampung Tawas yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Tionghoa menzahirkan rasa sedih kerana akan menyambut tahun baharu esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022

Beberapa penduduk membersihkan struktur runtuhan akibat dipukul ribut dalam kejadian kira-kira 6.40 petang semalam ketika tinjauan sekitar Kampung Tawas hari ini. - fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Puting beliung gemparkan penduduk Pendang, Yan
Ribut di daerah itu mengakibatkan enam buah rumah penduduk rosak.

Angka kematian akibat taufan, puting beliung di AS cecah 18 orang
Bilangan yang terkorban akibat taufan dan puting beliung di empat negeri Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 18 orang termasuk kanak-kanak, lapor Sputnik memetik laporan CNN pada Isnin.

Kejadian pusaran angin seperti puting beliung landa Lahad Datu
Rakaman video diambil orang awam berdurasi 22 saat itu yang tular di media sosial memaparkan zink bumbung deretan kedai diterbangkan dalam kejadian itu.

ASEAN alami 27 bencana sepanjang minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 27 bencana sepanjang minggu lepas yang memberi kesan kepada Indonesia, Filipina, Malaysia dan Vietnam, menurut laporan mingguan terkini Pusat AHA.

11 rumah rosak teruk dibadai puting beliung di Arau
Sebanyak 11 rumah rosak teruk dan tidak selamat untuk didiami selepas dibadai puting beliung di Kampung Padang Besar, Guar Sanji pada petang Ahad.

Bumbung 7 blok SMK Munshi Abdullah rosak teruk dilanda ribut
Kesemua tujuh blok bangunan kelas dan pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, di sini rosak teruk selepas dibadai ribut, petang tadi.

Puting beliung musnahkan gudang utama Pfizer
Syarikat farmaseutikal Pfizer mengesahkan bahawa kompleks tersebut telah rosak akibat puting beliung yang berlaku dekat Rocky Mount.

Trump batalkan perhimpunan di Iowa susulan amaran puting beliung
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah membatalkan perhimpunannya yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini di Iowa berikutan amaran puting beliung, lapor Sputnik.

Ribut ganas melanda Florida mengakibatkan kerosakan teruk
Jabatan Polis Palm Beach Gardens mengesahkan tiada kecederaan yang serius atau kematian dilaporkan akibat bencana alam itu.

Angka kematian akibat ribut ganas di AS semakin meningkat
Angka kematian bencana puting beliung di barat tengah AS meningkat kepada 32 individu melibatkan 11 negeri.