KUALA LUMPUR:Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) memohon bantuan orang ramai selepas pusat perlindungan kesemua haiwan di bawah persatuan itu di Jalan Penrissen, Kuching dilanda banjir malam Selasa.
Jenis bantuan yang diperlukan termasuk surat khabar lama, makanan haiwan dan bantuan kewangan.
Memetik portal Borneo Post, Pengerusinya Datin Donna Drury-Wee berkata, paras air banjir di penempatan tersebut boleh mencecah ke paras pinggang.
“Setakat ini tiga ekor anjing dan seekor anak kucing dilaporkan lemas susulan daripada banjir tersebut.
“SSPCA ketika ini merupakan pusat perlindungan bagi 400 ekor anjing dan kucing, jadi bantuan orang ramai amat diperlukan,” katanya.
Tambahnya bantuan seperti surat khabar lama dan makanan boleh dihantar ke stesen minyak Shell di Jalan Ban Hock, Kuching bermula hari ini.
Manakala bantuan kewangan boleh disalurkan terus ke nombor akaun CIMB SSPCA di 8005274525.
Astro Awani
Wed Jan 13 2021

SSPCA ketika ini merupakan pusat perlindungan bagi 400 ekor anjing dan kucing, jadi bantuan orang ramai amat diperlukan. - Foto Facebook/SSPCA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pusat perlindungan haiwan terjejas banjir, SSPCA mohon bantuan orang ramai
Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) memohon bantuan orang ramai selepas pusat perlindungan kesemua haiwan di bawah persatuan itu di Jalan Penrissen, Kuching dilanda banjir.