Polis Kuala Lumpur berjaya melumpuhkan enam pusat panggilan bagi sindiket perjudian dalam talian selepas serbuan dilakukan di beberapa kawasan pada 18 hingga 21 Mac lalu.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata serbuan pertama dilakukan pada 18 Mac lalu kira kira jam 4.40 petang di sebuah premis banglo dua tingkat di Jalan Titiwangsa.
Dalam serbuan itu, polis berjaya menahan 21 lelaki dan empat wanita warganegara China berusia dalam lingkungan 20 dan 40 tahun.
"Mereka ini warganegara China disiasat mereka buat judi dalam talian di negara China. Hasil pertaruhannya RM1.5 juta. Mereka baru mula di Kuala Lumpur," kata Mazlan.
Turut dirampas, 15 set komputer pelbagai jenama, 10 set komputer riba, 89 buah telefon bimbit pelbagai jenama bernilai RM150,000.
Manakala serbuan kedua dilancarkan pada 21 Mac lalu di sebuah premis di Lorong kuda di ibu negara.
Serbuan kira-kira jam 9 malam itu membawa kepada penahanan 21 lelaki dan dua wanita warganegara China berusia dalam lingkungan 20 dan 40 tahun.
"Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, mereka (pekerja) ini akan tinggal, makan dan mandi di dalam rumah itu supaya tidak berada di kawasan awam," kata Mazlan.
Turut dirampas dalam serbuan itu lapan set komputer, lapan set komputer riba pelbagai jenama, 15 telefon bimbit, dan dua modem dan router.
Manakala serbuan ketiga dan keempat dilancarkan pada hari yang sama di Jalan Metro Perdana dan Jalan Vista Mutiara 1 Kepong.
Hasil serbuan, dua lelaki dan perempuan tempatan ditahan bersama tiga lelaki serta seorang wanita warganegara Indonesia.
Turut dirampas peralatan dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian atas talian bernilai RM30 ribu ringgit.
Dalam serbuan kelima pula, jelas Mazlan, polis berjaya merampas peralatan judi atas talian bernilai RM40,000.
Turut ditahan seorang lelaki tempatan bersama lima wanita Indonesia serta lima lelaki warganegara China ditahan dalam serbuan keenam.
Kesemua suspek yang ditahan disiasat dibawah Kes disiasat dibawah Seksyen 4(1)(c) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959 yang membawa hukuman penjara dan denda.
Fareez Azman
Fri Mar 22 2019

Polis Kuala Lumpur berjaya melumpuhkan enam pusat panggilan bagi sindiket perjudian dalam talian selepas serbuan dilakukan di beberapa kawasan pada 18 hingga 21 Mac lalu. -Gambar hiasan
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

China lanjutkan pinjaman AS$2 bilion kepada Pakistan selama setahun lagi
Pinjaman tersebut sepatutnya dibayar semula pada 24 Mac, tetapi China setuju tangguhkannya bagi menyokong kestabilan ekonomi dan usaha pemulihan Pakistan.

China bertindak balas terhadap peningkatan tarif AS
Kementerian Perdagangan China mengumumkan sejumlah tindakan balas terhadap tindakan Amerika Syarikat menaikkan tarif terhadap negara itu.

China sasar pertumbuhan ekonomi sekitar 5 peratus pada 2025
Laporan turut menggariskan beberapa sasaran pembangunan utama lain tahun ini, termasuk kadar pengangguran di kawasan bandar sekitar 5.5 peratus.

China kenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk import dari AS
China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa 10 Mac, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negeri pada Selasa, lapor Xinhua.

China pertimbang kenakan tarif ke atas produk pertanian, makanan AS sebagai tindak balas - Laporan
China sedang mempertimbangkan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas produk pertanian dan makanan dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap rancangan Washington.

UEM Sunrise dan firma Singapura, GuocoLand laksana pembangunan dengan GDV RM45 bilion di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad buat julung kalinya menjalinkan kerjasama strategik dengan kumpulan hartanah ternama dari Singapura, GuocoLand Limited bagi membangunkan bersama bank tanah terpilih.

Pasaran hilang petunjuk? Lima strategi pelabur menghadapi ketidaktentuan
Sentimen global yang lemah, dasar perdagangan proteksionis, serta ketidak tentuan ekonomi menambah tekanan kepada pasaran.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.