GEORGE TOWN: Pulau Pinang telah melantik Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Lee Khai Loon, Fadhlina Sidek dan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik sebagai 'ADUN Angkat' susulan pengosongan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Seberang Jaya, Sungai Acheh dan Teluk Bahang.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata empat 'ADUN Angkat' itu dilantik berdasarkan kawasan paling hampir dengan kawasan berkenaan dalam usaha untuk menguruskan masalah yang dihadapi pengundi di kawasan DUN itu.
"Sebenarnya apabila empat ADUN (Bersatu) itu keluar Pakatan Harapan (PH) pada 2020, kami telah lantik yang baharu.
"Cuma setiap tahun kami kemas kini untuk mengambil perubahan itu sebagai pengiktirafan," katanya kepada pemberita selepas melawat pasar Chowrasta sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa hari ini.
Chow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang berkata tindakan melantik 'ADUN Angkat' yang terdiri daripada beberapa ADUN menguruskan kawasan itu bagi membolehkan rakyat dan pengundi di kawasan berkenaan tidak merasa terpinggir selain dilindungi oleh kerajaan negeri dengan peruntukan sama di kawasan masing-masing.
Beliau berkata Ahmad Zakiyuddin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merupakan wakil rakyat Pinang Tunggal akan menjaga DUN Bertam, Lee yang merupakan ADUN Machang Bubok akan menjaga Sebarang Jaya, Muhammad Bakhtiar yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau akan menguruskan Teluk Bahang manakala Menteri Pendidikan Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal diberi tugas menjaga Sungai Acheh.
Pada Isnin, DUN Pulau Pinang meluluskan usul bagi mengisytiharkan pengosongan empat kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Empat ADUN terlibat terdiri daripada ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya); Zulkfili Ibrahim (Sungai Acheh); Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang) turut diarah keluar meninggalkan sidang DUN pada sebelah tengah hari selepas usul itu diluluskan.
Speaker Datuk Law Choo Kiang turut memaklumkan sesuatu kekosongan luar jangka kerusi DUN tidak boleh diisi memandangkan DUN akan terbubar kurang daripada dua tahun.
Untuk rekod pada 16 Dis lepas, Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan empat ADUN itu untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar Dewan Undangan Negeri daripada meluluskan usul undang-undang anti lompat parti.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Chow Kon Yeow (kanan) memberikan bunga kepada seorang wanita sempena sambutan Hari Wanita di Pasar Chowrasta hari ini. -Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Pulau Pinang namakan empat 'ADUN angkat' isi kerusi DUN kosong
Empat 'ADUN Angkat' itu dilantik berdasarkan kawasan paling hampir dengan kawasan berkenaan dalam usaha untuk menguruskan masalah yang dihadapi pengundi di kawasan DUN itu.