MERSING:Pulau Besar dan Pulau Sibu di Mersing yang merupakan antara destinasi terkenal tumpuan pelancong bakal dinaik taraf daripada segi kemudahan air dan utiliti dengan melibatkan peruntukan RM200,000 juta.
Pegawai Daerah Mersing Asman Shah Abd Rahman berkata peruntukan bagi tujuan pembangunan itu akan dipohon menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
"Jadi, di bawah KPLB kita akan pasang kemudahan paip air dan utiliti di Pulau Besar dan Pulau Sibu...kita merancang membangunkan dua pulau ini dahulu kerana ia lebih dekat dengan tanah besar," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan memancing Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020, di sini, pada Sabtu.
Turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.
Asman Shah juga memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti beberapa buah pulau daripada 93 buah berpotensi di Mersing untuk dibangunkan, namun berdepan masalah seperti tiada bekalan air dan elektrik selain saiz pulau yang kecil dan hanya lima pulau berkenaan dihuni penduduk.
"Kita sedang mengenal pasti pulau di Mersing yang boleh dibangunkan memandangkan setiap pulau ada tema, contoh Pulau Aur untuk menyelam, Pulau Pemanggil untuk memancing dan Pulau Tinggi untuk komuniti pelancongan...jadi kita akan bangunkan ikut tema," katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pelancongan domestik, Ammar berkata, di Johor sahaja terdapat 10 buah hotel terpaksa ditutup meliputi lapan di Johor Bahru dan dua di Mersing.
Justeru, pihaknya menyeru agar orang ramai khususnya penjawat awam agar terus menyokong industri pelancongan domestik yang terjejas berikutan pandemik COVID-19 lebih-lebih lagi dengan penutupan sempadan Malaysia-Singapura.
"Oleh itu, baru-baru ini, kita lancarkan pakej untuk penjawat awam dan dapat sambutan menggalakkan," katanya menambah penjawat awam kurang terkesan ketika pandemik COVID-19 kerana tidak dipotong gaji atau dibuang kerja.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 03 2020

Pulau Besar dan Pulau Sibu di Mersing yang merupakan antara destinasi terkenal tumpuan pelancong bakal dinaik taraf. - Gambar fail

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Keindahan bunga 'sakura' bakal warnai Pulau Besar
Landskap Pulau Besar yang selama ini boleh dianggap "membosankan" bakal diceriakan dengan kehadiran bunga "sakura" Malaysia.

Pulau Besar dan Pulau Sibu di Mersing bakal dinaik taraf libat RM200 juta
Pulau Besar dan Pulau Sibu di Mersing yang merupakan antara destinasi terkenal tumpuan pelancong bakal dinaik taraf daripada segi kemudahan air dan utiliti dengan melibatkan peruntukan RM200,000 juta.

Pulau Besar Melaka hendak dijual kepada Singapura? Ketua Menteri tampil dengan penjelasan
Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan bakal menjual pemilikan Pulau Besar kepada syarikat swasta dari Singapura untuk dibangunkan.

Pulau Besar akan kekal 'syirik' jika tidak dibangunkan
Kerajaan negeri yakin penjenamaan semula Pulau Besar di sini, akan melenyapkan panggilan 'Pulau Syirik' yang sering terkenal dengan aktiviti khurafat di negeri ini.

Melaka tubuh unit penguatkuasaan tetap perangi amalan khurafat di Pulau Besar
Penubuhan unit khas yang akan bermastautin di Pulau Besar itu amat penting agar pihak berkuasa akan dapat mengambil tindakan tegas secara konsisten terhadap mereka yang masih degil.

Nikmat indah taburan pulau bak permata di perairan Mersing
Kunjungan ke beberapa buah permata berharga di perairan Johor khususnya di daerah Mersing membuka mata tentang potensi pelancongan pulau di negeri itu.

Projek 'monopole' TNB bawa peluang pelaburan ke Pulau Besar
Pulau Besar, Melaka kini mempunyai potensi yang lebih besar untuk menarik pelabur dalam pelbagai sektor. Ia dengan siapnya projek bekalan elektrik melalui talian penghantaran atas oleh TNB.