CUBA pejamkan mata. Dengarkan bunyi desiran ombak. Bernafaslah dalam kesegaran tropika. Rasakan hangat ciuman matahari. Benamkan jari jemari kaki dalam pasir yang berbutir halus. Laraskan minda dan jiwa, lepaskan sebentar segala beban dunia.
Kemudian, bukalah mata untuk menyaksikan segalanya. Keindahan alam yang tersaji ternyata bukan angan-angan. Air laut jernih membias warna firus, lambaian hijau rimba serta rona biru berlapis-lapis dari garis horizon adalah tenaga yang perlu diserap sepenuhnya.
Itulah yang boleh dirasai sekiranya berpeluang untuk menjelajah ke taburan pulau eksotik di perairan Johor, khususnya di daerah Mersing.
Kesempatan bertandang ke Pulau Rawa, Pulau Tengah, Pulau Besar dan Pulau Sibu pada hujung minggu lalu telah dinikmati lebih 30 petugas media termasuk blogger kembara, dalam program jelajah pulau anjuran Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM) dengan kerjasama Tourism Johor dan Kerajaan Negeri Johor.
Setiap pulau yang dikunjungi mempunyai keistimewaan tersendiri, daripada bentuk landskap, perkhidmatan nilai tambah hinggalah kepada konsep penginapannya.
Daripada yang berkadar mesra bajet hinggalah kepada yang mencetus kepuasan citarasa mewah, semuanya ditawarkan di pulau-pulau peranginan tersebut. Apa yang penting adalah untuk merancang tarikh libur yang paling sesuai bersama keluarga atau teman-teman, kerana pulau-pulau yang bertaburan bagaikan permata di perairan Mersing ini tentunya tidak mengecewakan.
Berikut adalah catatan sepintas lalu dan rakaman lensa bagi setiap pulau yang dimaksudkan:
PULAU RAWA
Menikmati gaya kehidupan pulau dalam jumlah khalayak yang terkawal. Itulah keistimewaan Pulau Rawa apabila pihak pengurusan Rawa Island Resort (salah satu daripada dua resort yang beroperasi di keseluruhan pulau) sangat mengambil berat soal kelestarian alam semulajadi. Resort ini memastikan tetamunya tidak melebihi jumlah tertentu. Antara 180 orang secara ideal hingga 250 orang maksimum, itulah had 'populasi' yang dibenarkan berada di Pulau Rawa pada satu-satu masa.
Bukan bermakna ia terlalu eksklusif untuk dikunjungi, namun langkah itu lebih kepada memastikan tetamunya dapat merasai detik percutian yang tidak terlalu komersial hingga mengorbankan keselesaan majoriti. Begitu juga engan keputusan tidak membenarkan aktiviti sukan air bermotor, tanggungjawab terhadap survival karang laut dan hidupan marin lain menjadi keutamaan. Namun, jangan sangka tiada pilihan aktiviti lain yang menyeronokkan jika anda berpeluang menginap di sini.
Dengan lebih 70 unit penginapan pelbagai konsep, waktu di luar kamar boleh diisi dengan kembara mendaki puncak Rawa, meneroka hutan, bersnorkeling, selam skuba, bermain gelongsor air, berkayak mahupun bermandi peluh dengan menyertai acara sukan pantai. Selain bermandi-manda atau berjemur di bawah matahari, resort ini juga menyediakan beberapa sudut privasi untuk menikmati kedamaian suasana.
PULAU TENGAH
Satu pulau, satu resort. Jika sebelum ini ia hanya sebuah lokasi persinggahan tatkala aktiviti singgah pulau (island hopping) di sekitar perairan Mersing, Pulau Tengah kini mencipta tanda aras percutian mewah apabila Batu-Batu Resort memulakan operasinya.
Menyambut tetamu dengan hanya 22 bilik penginapan vila yang mengangkat seni bina tradisional, keseluruhan struktur resort ini patuh pada kewujudan alam sekitar kerana dibina tanpa mengorbankan unsur semulajadi di situ. Resort ini juga mempunyai santuari penetasan penyu dengan seliaan kumpulan petugas berpengalaman yang dedikasi dalam usaha pemuliharaan spesies tersebut.
Ternyata, momen menghargai ketenangan suasana dan ilham penyatuan manusia dengan alam turut menjadi teras falsafah di sebalik pembinaannya. Maka tetamu yang menginap di Batu-Batu Resort benar-benar membayar harga yang tinggi untuk menikmati segalanya pada nilai optimum. Kadar penginapan 3 hari 2 malam di sini bermula RM4,000. Bila lagi hendak menikmati percutian seumpama bintang antarabangsa?
PULAU BESAR
Jika mahukan pilihan penginapan berdasarkan variasi bajet, Pulau Besar adalah destinasinya. Rangkaian penginapan seperti di Aseania Resort, Mirage island Resort dan D'Coconut Island Resort serta beberapa yang lain mewujudkan kepelbagaian dari segi tawaran perkhidmatan, gaya percutian dan juga nilai tambahan yang mengikut kehendak pengunjung.
Hamparan pantai yang panjang menjadi kelebihan di pulau ini kerana sesi 'jelajah kampung', sama ada berjalan kaki atau berbasikal boleh dilakukan sepanjang masa, melewati halaman hadapan resort berbeza tanpa sebarang sekatan.
Sepanjang laluan tersebut, anda boleh menyaksikan sendiri aktiviti tradisi pulau, termasuk perusahaan sokongan pelancongan yang dijalankan penduduk asal Pulau Besar. Kini hanya tinggal kira-kira 10 keluarga yang masih setia menghuni pulau itu. Cubalah dekati mereka dengan sapaan mesra, kerana itu mungkin membuka peluang untuk perbualan yang lebih mendalam tentang sejarah dan keistimewaan pulau tersebut.
PULAU SIBU
Ini pula sebuah pulau yang menawarkan gaya berbeza. Masih mengekalkan nilai asas sebuah perkampungan nelayan, aktiviti waktu lapang pengunjung boleh dimanfaatkan dengan meneroka suasana kampung sama ada berjalan kaki atau berbasikal menyusuri laluan tepi pantai antara jeti Sari Pacifica Resort hingga ke jeti kedua yang berada di pekan.
Dalam jarak perjalanan 2 kilometer antara kedua-dua jeti itu, anda boleh meninjau beberapa kelompok binaan rumah kampung pinggir laut, kem bina diri, chalet persendirian hinggalah ke bangunan kemudahan asas di pekan seperti kedai, dataran awam serta sekolah.
Padang menghijau dan lambaian pohon kelapa tentunya mengingatkan tentang suasana di kampung halaman sendiri.
Di sini, masa berlalu dengan perlahan. Tidak perlu tergesa-gesa. Hela nafas percutian anda dengan setenang mungkin, kerana ini ganjaran anda setelah penat bekerja. Selamat bercuti!
** Sudah teruja? Teruskan mengikuti AstroAwani.com untuk siri laporan seterusnya yang akan memberi ulasan bagi setiap pulau secara khusus.
Hamzah Hamid
Fri Aug 12 2016
Pulau Rawa menyimpan pelbagai keindahan yang mendamaikan jiwa tetamunya. - Foto Astro AWANI/HAMZAH HAMID
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.
Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.
Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga
Rakyat Johor memanfaatkan cuti hujung minggu baharu pada Sabtu dan Ahad dengan meluangkan masa beriadah dan mengunjungi tempat menarik bersama keluarga.
PPS terakhir ditutup, banjir di Johor pulih sepenuhnya
Seramai 27 mangsa daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Perpat sejak dibuka Selasa lepas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.
Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan
Seramai 49,980 calon di Johor akan duduki kertas peperiksaan Bahasa Inggeris kertas satu dan dua serta Tasawwur Islam pada Isnin depan.
KPDN serbu stor haram simpan LPG di Johor
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mematahkan cubaan menyeleweng gas petroleum cecair (LPG) selepas menyerbu sebuah premis dijadikan stor untuk menyimpan dan mengedar bahan
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.