BATU KAWAN: Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Kampung Angkat Madani kelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Pulau Aman, di sini bagi membangunkan kawasan itu sebagai tarikan pelancongan dan meningkatkan taraf hidup penduduk.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata menerusi peruntukan itu lapan projek telah dimuktamadkan untuk dilaksanakan meliputi skop penyelenggaraan infrastruktur dan pembangunan sosial yang dijangka siap sebelum penghujung tahun ini.
"JPA telah mengenal pasti beberapa fokus penting yang meliputi pembangunan fizikal serta bukan fizikal dengan peruntukan keseluruhan RM2.5 juta yang disediakan bagi projek seperti menaik taraf jeti, longkang dan gelanggang permainan, membaik pulih dewan serbaguna serta pembinaan nature trail mengelilingi pulau.
"Menerusi peruntukan itu juga kami menjalankan aktiviti pengindahan di sekitar kawasan kampung yang akan dilaksanakan dan diselesaikan pada tahun ini dengan memberi penekanan kepada memudah cara urusan harian penduduk," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kampung Angkat Madani JPA: Transformasi Pulau Aman di Pulau Aman malam tadi.
Beliau berkata JPA juga berhasrat untuk menjadikan Pulau Aman sebagai Pulau Pelancongan Seni dan Warisan berdaya saing dan menjadi hub pelancongan yang membantu menjana pendapatan penduduk kawasan tersebut sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka.
"Kami juga telah melaksanakan tiga inisiatif di Pulau Aman ini iaitu mengecat rumah-rumah di sini dengan pelbagai warna menarik seperti di satu perkampungan di Sepanyol supaya menjadi tarikan pelancong dan membina arca di beberapa tempat. Pengindahan dan infrastruktur akan dilakukan secara berterusan," katanya.
Wan Ahmad Dahlan berkata JPA juga sedang mengenal pasti projek-projek berpotensi aquafarming dan aquaculture dalam usaha meningkatkan lagi ekonomi penduduk setempat selain melaksanakan program pembangunan modal insan termasuk latihan e-digital, kursus Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.
Pada majlis itu JPA merafak sembah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas keprihatinan Seri Paduka mengurniakan sumbangan 47 kampit beras kepada semua keluarga di Pulau Aman.
Pulau Aman merupakan sebuah perkampungan nelayan tradisional di pulau yang seluas 116.5 hektar, terletak kira-kira 16 batu nautika dari tanah besar Seberang Perai dan lapan kilometer (km) dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Ia didiami 47 keluarga dengan 250 orang, dan pulau itu dihubungkan jalan laut melalui Jeti Batu Musang di Batu Kawan dengan menaiki bot tambang kira-kira 10 minit perjalanan.
Antaranya daya tarikan Pulau Aman termasuk pokok sukun pulut yang diiktiraf sebagai pokok sukun tertua di Malaysia, Telaga Mas berusia 234 tahun, Masjid Ar-Rahman yang dibina pada 1817 dan trek eko-pelancongan mengelilingi Pulau Aman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (enam kiri) bersama tetamu bergambar di hadapan lukisan mural di Pulau Aman pada Majlis Pelancaran Kampung Angkat Madani JPA: Transformasi Pulau Aman di Pulau Aman malam tadi. - Foto Bernama
Ekonomi global berdepan ketidakpastian berhubung dasar perdagangan AS - Ketua IMF
Terdapat minat yang mendalam terhadap dasar pentadbiran AS, khususnya mengenai tarif, cukai, pembatalan kawal selia dan kecekapan kerajaan.
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
KPN laksana 18 projek naik taraf infrastruktur di Kelantan
KPN laksana 18 projek infrastruktur di Gua Musang, Kelantan, bawah Kampung Angkat MADANI, tingkat kemudahan asas dan taraf hidup desa.
Kampung Angkat MADANI: Penduduk dapat kemudahan urus jenazah selepas 60 tahun
Penduduk di Kampung Masjid, Ijok kini bersyukur kemudahan yang lebih sesuai bakal disediakan, hasil inisiatif Kampung Angkat MADANI.
PM Anwar harap pembangunan Kampung Chengal Lempong bawa manfaat kepada masyarakat
Anwar harap segala perancangan pembangunan bagi Kampung Chengal Lempong di Kuantan, Pahang melalui peruntukan yang diluluskan akan membawa perubahan positif.
200 lagi Kampung Angkat MADANI pada tahun depan
Johan berkata jumlah tambahan kampung angkat melibatkan peruntukan RM200 juta itu akan dilaksanakan berikutan penerimaan baik yang diterima.
Kampung Angkat MADANI jadi solusi terbaik isu infra rakyat
Menerusi inisiaitf kerajaan pusat itu, beberapa permasalahan penduduk setempat dapat diatasi.
Kampung Long Latei, Kampung Long Suling dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI - KBS
Kementerian Belia dan Sukan memilih Kampung Long Latei dan Kampung Long Suling di Miri, Sarawak sebagai Kampung Angkat MADANI.
Matlamat Kampung Angkat MADANI, isu PAJSK antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan itu dikemukakan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) kepada Menteri Kewangan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Kampung Banggol Cempedak diiktiraf Kampung Angkat MADANI pertama Terengganu
Kampung Banggol Cempedak di Serada mencipta memori tersendiri apabila terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI pertama di Terengganu.